Dikatakan bahawa St. valentino merupakan orang terpenting kepada ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Maka tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengingati St. Valentino.
Selain itu, mengikut sejarah St. Valentino dikatakan mempunyai dua orang kekasih iaitu yang beragama Islam dan Protestan. St. Valentino terpaksa melupakan kekasihnya yang beragama Islam kerana berlainan agama. Ap...
Dikatakan bahawa St. valentino merupakan orang terpenting kepada ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Maka tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengingati St. Valentino.
Selain itu, mengikut sejarah St. Valentino dikatakan mempunyai dua orang kekasih iaitu yang beragama Islam dan Protestan. St. Valentino terpaksa melupakan kekasihnya yang beragama Islam kerana berlainan agama. Apabila dia telah berjaya mengalahkan umat Islam di Cordova, dia telah meminta dengan ratu Isabella untuk berkahwin dengan kekasihnya yang beragama Protestan. Ini menyebabkan seluruh rakyat terkejut kerana dia adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin langsung inikan pula dengan pengamal Protestan. Ini menyebabkan kemurkaan Ratu Isabella sehingga memenjarakannya. Walaupun begitu, jasa paderi ini tetap dikenang dengan penetapan tarikh 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang dikhaskan untuk St. Valentino.”
Di atas merupakan diantara petikan risalah tentang sejarah tarikh 14 Februari. Sebahagian daripada pasangan kekasih di muka bumi ini begitu teruja dengan tarikh keramat ini walaupun tarikh ini bukan ditujukan khas untuk mereka. Ini kerana yang ditujukan tarikh ini kepadanya telah tiada lagi di bumi Allah ini. Begitu juga keadaannya dengan sesetengah umat Islam pertengahan umur yang ternanti-nanti kedatangan tarikh ini walaupun ianya tiada kaitan dengan mereka atau pasangan mereka atau keluarga mereka atau AGAMA mereka. Sifat mengikut budaya barat tanpa hujung pangkal dan usul periksa ini menghanyutkan mereka dalam kealpaan.
Bukanlah salah untuk pasangan Muslimin dan Muslimat untuk meraikan pasangan masing-masing dalam erti kata hendak menunjukkan rasa cinta. Cuma biarlah kena pada cara, keadaannya dan yang paling penting berlandaskan syariat-Nya.
Yang menghairankan saya mengapa dalam 365 hari 12 bulan dalam setahun, 30 hari dalam sebulan, 7 hari dalam seminggu, 24 jam dalam sehari,60 minit dalam sejam, 60 saat dalam seminit, mengapa tarikh 14 Februari juga yang menjadi pilihan???
Pada tarikh ini, jika kita lihat:
·semua tempahan di restoran akan penuh.
·Jalan-jalan utama ke hotel dan restoran mulai sesak pada waktu menjelang malam.
·Terpaksa beratur untuk membeli hadiah yang tak berapa nak berapa.
·Kita terpaksa berkorban wang, waktu dan diri sendiri.
Bukankah ada baki 364 hari lagi untuk diraikan para kekasih ini? Pada pendapat saya, untuk menunjukkan rasa sayang kita tidak perlu ada hari yang tertentu. Itu belum ditolak dengan sambutan hari kelahiran, hari yang kesebulan berkenalan @ bercinta, genap setahun percintaan dan bermacam-macam sambutan yang ingin disambut oleh para kekasih. Mengapakah kita perlu berebut untuk hari nan satu ini?? Bukan ke Malaysia ini kecik aje… Mungkin ada juga yang berhabis wang untuk sambutan 14 Februari ke luar negara? Oversea? Dari semenanjung ke Sabah atau Sarawak? Atau dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung? Cinta itu memang buta.
Islam tidak melarang umatnya bercinta kerana Allah sayang umatnya yang berkasih sayang. Bukankah ada lagu yang berbunyi. ' Cinta kepada Allah, cinta Rasul, cinta ibu bapa. Cinta kepada umat, cinta kepada kecemerlangan.. marilah kita semua cinta lima perkara..'. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu lagu ini.
Masalah yang berlaku pada masa kini adalah budaya terikut-ikut budaya barat. Kita tidak pernah ingin mengetahui bagaimana caranya bercinta dalam Islam. Remaja kita atau kita sendiri terlalu terdedah kepada cara bercinta dan pergaulan daripada bahan bacaan dan televisyen khasnya. Mungkin juga ada yang tahu tapi ramai berpendapat cara Islam agak ‘ketinggalan’ .
Saya tidak ketinggalan membaca beberapa novel cinta yang dijual di pasaran. Memang jalan ceritanya sangat menarik dan romantik disertakan pula dengan hero yang kacak, heroin yang jelita. Ini sudah tentu dapat menarik remaja untuk membeli dan mempelajari cara untuk bercinta. Tetapi situasi percintaan dalam novel-novel kini semakin miskin dengan adab-adab pergaulan Islam. Sebagai contoh masakan Islam membenarkan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berjalan berpimpin tangan sedangkan ianya adalah HARAM!! Itu belum dikira dari sudut lain seperti cara berpakaian, solat dan cara pergaulan.
Ada sebahagian daripada kita berpendapat niat menghalalkan cara. Sebagai contoh ‘tidak mengapa kita berpegang tangan kerana kami berjalan dalam kumpulan yang ramai dan tidak berbuat apa-apa yang salah di sisi undang-undang’. Sememangnya tidak berbuat apa-apa ketika dalam kumpulan yang ramai. Tetapi saya percaya tidak selamanya juga kita sebagai pasangan kekasih ingin berjalan dalam kumpulan sahaja. Kita juga perlukan masa untuk berdua-duaan untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih dekat. Adakah apabila kita telah berdua-duaan, kita akan duduk secara berjauhan? Adakah kita juga tidak akan berpegangan tangan seperti selalu apabila kita berjalan dalam kumpulan?
Sesungguhnya Allah telah memberitahu ‘apabila berdua-duaan anak Adam dan Hawa dalam tempat yang sunyi, maka ada yang ketiga bersama mereka’. Dan pengakhirannya kita sendiri sedia maklum.
Apa yang saya harapkan adalah kita tidak terlalu mengikut budaya lain tanpa kita ketahui hujung pangkalnya. Berfikirlah sebelum mengambil sesuatu tindakan. Ikutkan hati, mati. Ikutkan nafsu, lesu.
Saya hanya mampu mencolek sedikit sahaja situasi remaja Islam kita dalam kehidupan reality dan juga dalam bahan bacaan yang mengkagumkan masa kini. Saya tidak mengatakan bahawa saya sentiasa berada dalam landasan yang benar. Saya sendiri masih diumpamakan seperti buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Cuma sekadar singgah sebentar untuk berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran. Saya mengalu-alukan pandangan, pendapat dan teguran jika ada kesalahan atau kesilapan. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1426.
...
tapi kan...valentine day ker besday ker....cam sama kok boy prend kasik munga la apa la kan..dan sebaliknya....
ker kasi ayam madu golek sodap jugak...
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....