.....
ABDULLAH bin Al-Fajr, adalah seorang ahli ibadat. Beliau berkata: “Suatu hari ketika aku keluar mencari tukang batu untuk membaiki rumahku, maka aku terjumpa dengan seorang pemuda yang kacak wajahnya membawa peralatan batu.â€
Beliau menghampirinya dan bertanya sama ada pemuda itu sudi bekerja dengannya. Pemuda itu berminat dan meminta upah sebanyak satu dirham sehari.
Abdullah bersetuju dan pemuda itu pun mula bekerja. Dia membuat kerja dengan tekun yang sepatutnya ...
.....
ABDULLAH bin Al-Fajr, adalah seorang ahli ibadat. Beliau berkata: “Suatu hari ketika aku keluar mencari tukang batu untuk membaiki rumahku, maka aku terjumpa dengan seorang pemuda yang kacak wajahnya membawa peralatan batu.â€
Beliau menghampirinya dan bertanya sama ada pemuda itu sudi bekerja dengannya. Pemuda itu berminat dan meminta upah sebanyak satu dirham sehari.
Abdullah bersetuju dan pemuda itu pun mula bekerja. Dia membuat kerja dengan tekun yang sepatutnya dilakukan oleh tiga orang.
Keesokan harinya, Abdullah mencari pemuda itu, tetapi malangnya dia tiada. Dia bertanya kepada beberapa orang yang berada di sekitar lalu mereka berkata bahawa pemuda itu hanya akan datang ke kawasan itu seminggu sekali.
Abdullah menunggu hari pemuda itu muncul. Akhirnya beliau dapat berjumpa pemuda itu dan bertanya sama ada dia masih lagi sudi untuk menyambung kerjanya. Pemuda itu bersetuju dengan syarat upah yang dikenakan masih sama iaitu satu dirham sehari.
Selepas kedua-duanya setuju dengan syarat yang dikenakan, maka pemuda itu mula membuat kerjanya dengan tekun.
Melihat pada kerjanya, Abdullah kagum dan teringin untuk mengujinya. Abdullah memberikan dua dirham kepada pemuda itu.
Apabila pemuda itu melihat wang berkenaan, dia berkata, “Bukankah kita sudah berjanji bahawa upah aku cuma satu dirham saja?
“Sesungguhnya kamu merosakkan upah aku dan aku tidak mahu mengambil apa-apa upah lagi daripada kamu.â€
Pemuda itu pergi dan sebaik berlalu, isteri Abdullah berkata: “Memang benar kamu sudah merosakkan upah orang yang bekerja dengan kamu sebagaimana tiga orang bekerja. Kamu berdosa kepadanya.â€
Apabila mendengar kata-kata isterinya, Abdullah keluar mencari pemuda itu. Selepas beberapa lama, beliau mendengar bahawa pemuda itu sakit.
Abdullah berusaha mencari rumahnya dan akhirnya dengan kehendak Allah, berjaya menemui kediamannya.
Beliau memberi salam dan memasuki rumah pemuda itu. Dilihatnya rumah itu kosong dan tiada kelengkapan, kecuali peralatan batu yang selalu dibawa oleh pemuda itu.
Abdullah berkata: “Kedatangan aku memang ada hajat iaitu merawat kamu dengan ikhlas di rumah kami dan meminta maaf di atas keterlanjuran aku sebelum ini.â€
Pemuda itu berkata: “Aku sedia datang ke rumah kamu, tetapi dengan tiga syarat iaitu pertama, kamu jangan memberi makan hingga aku minta; kedua, jika aku mati kamu kafankan aku dengan jubah ini dan ketiga, ini agak berat. Aku akan beritahu kamu kemudian.â€
Selepas aku menyetujui syarat pemuda itu, maka aku pun membawanya ke rumahku dan kami tiba tepat pada waktu Zuhur.
Esoknya, pemuda itu memanggil Abdullah dan berkata : “Wahai Abdullah. Aku fikir saat kematianku sudah tiba. Oleh itu, dengarkan syarat aku yang ketiga. Kamu buka kocek bajuku ini.â€
Abdullah membuka kocek baju pemuda itu dan mendapati ada sebentuk cincin permata hijau.
Pemuda itu berkata: “Apabila aku sudah mati dan selepas kamu mengebumikan aku, bawalah cincin ini kepada khalifah negeri ini dan katakan kepadanya: “Jangan sampai kamu mati dalam keadaan mabuk dunia dan jika kamu mati dalam keadaan ini, nescaya kamu akan menyesal.â€
Selepas pemuda itu meninggal dunia, maka Abdullah pun melakukan apa yang disuruhnya. Beliau menulis wasiat pemuda itu di atas sekeping kertas.
Suatu hari apabila Khalifah Harun Ar-Rashid keluar dari istana, Abdullah menunggu dan memberinya surat itu. Selepas membacanya, khalifah memanggil Abdullah masuk ke istana.
Ketika itu, hanya mereka berdua di situ. Khalifah bertanya tujuan sebenar Abdullah memberinya surat berkenaan. Maka, beliau segera mengeluarkan cincin permata hijau yang dimiliki pemuda itu dan memberikannya kepada khalifah.
Apabila melihat cincin itu, khalifah bertanya: “Katakan, dari mana kamu mendapat cincin ini?â€
Lalu Abdullah berkata: “Cincin itu diberikan oleh seorang kuli.â€
Khalifah Harun memandang cincin itu dengan linangan air mata hingga turun ke janggutnya. Beliau bertanya: “Apakah benar cincin ini diberikan oleh seorang kuli?â€
Abdullah berkata: “Benar. Dia mewasiatkan kepada aku yang berbunyi, “Jika kamu dapat menyampaikan cincin ini kepada khalifah, maka sampaikan salam aku kepadanya dan katakan janganlah kamu mati dalam keadaan mabuk dunia, kelak kamu akan menyesal.â€
Sebaik khalifah mendengar kata-kata Abdullah, maka beliau menangis hingga basah seluruh janggut dan bajunya. Beliau kemudian berkata: “Wahai anakku, kamu menasihati aku sejak mula hidup hingga mati.â€
Selepas reda tangisannya, khalifah itu pun membasuh mukanya dan berkata: “Tolong ceritakan kepadaku, bagaimana kamu mengenali pemuda itu.â€
Abdullah pun menceritakan kisahnya menemui pemuda itu dari mula hingga akhir.
Khalifah kembali menangis dan berkata: “Sebenarnya pemuda itu adalah anakku yang pertama. Sewaktu ayahku belum lagi menetapkan perkahwinan aku dengan Permaisuri Zubaidah, aku mengenali seorang gadis yang cantik ketika keluar istana.
“Aku terpikat kepadanya dan kami berkahwin secara sembunyi. Kami dikurniakan seorang anak lelaki. Kemudian aku menghantar anak dan isteriku itu ke Basrah untuk mengelakkan berita pernikahan kami dapat dihidu oleh ayahku.
“Aku serahkan kepada mereka cincin ini dan berpesan supaya menyembunyikan hal sebenar. Tidak lama selepas itu, aku dilantik menjadi raja dan diarahkan pulang ke istana.
“Sebagai khalifah, aku selalu bertanya keadaan anak dan isteriku itu dan mencari mereka, tetapi tiada berita diterima. Akhirnya aku menerima berita yang mengatakan kedua-duanya sudah mati.
“Sekarang, di manakah kubur anakku itu?â€
Abdullah berkata: “Dia disemadikan di perkuburan Abdullah bin Al-Mubarak.â€
Khalifah berkata: “Aku memerlukan bantuan kamu. Sila tunjukkan jalan ke perkuburan itu selepas Maghrib dan aku akan menyamar untuk menziarahi kubur anakku.â€
Khalifah Harun duduk semalaman di kubur anaknya sambil menangis. Beliau berkata: “Wahai anakku, kamu menasihati ayahmu sejak hidup hingga mati.â€
Selepas pulang, khalifah berkata, “Aku memerintahkan pembantu aku supaya memberikan 10,000 dirham dan belanja tetap kepada kamu. Jika aku mati, akan aku wasiatkan kepada pengganti aku supaya membiayai kamu dan keturunanmu kerana jasa yang sudah kamu lakukan, iaitu merawat dan mengebumikan anakku.â€