Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya saya adalah anak yatim piatu.
Malam t...
Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang
kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya saya adalah anak yatim piatu.
Malam tadi saya telah bermimpi dan mimpi saya itu telah membuatkan
saya menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Saya bermimpi berjumpa ibu saya di dalam neraka. Keadaannya
amat menyedihkan. Ibu saya meminta diberikan air kerana dia amat
dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat
keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian saya lihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas saya bertanya ibu saya, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibu saya adalah seorang hamba yang
patuh dengan ajaran Islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibu saya memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil.
Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil
pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk
bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu saya terus mencari ayah saya. Rupanya beliau berada di syurga dan
sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan
minuman dari telaga Nabi.
Ayah saya memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan
kuat beramal. Lalu saya bertanya kepada ayah saya. "Wahai ayah, ibu
sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di dunia saya lihat ibu amat mentaatimu dan
menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada
isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibu saya, saya lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kanan saya lalu dibawa ke
neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibu saya, api neraka telah
menyambar tangan saya sehingga melecur.
Seketika itu juga saya tersedar dan mendapati tapak tangan saya melecur
teruk. Itulah sebabnya saya datang berjumpa mu ya Rasulullah.
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT.
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah
agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.
Mudah-mudahan segala dosanya terampun.
KepadaMu tempat aku berlindong,dan kepadaMu jua tempat aku memohon pertolongan..
weeee mana ada istilah emak derhaka pada anak???
KepadaMu tempat aku berlindong,dan kepadaMu jua tempat aku memohon pertolongan..