-
Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
-
Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu
berwaspada setiap masa).
- Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling
kita.
- Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
berterusan.
- Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi...
-
Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
-
Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu
berwaspada setiap masa).
- Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling
kita.
- Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan
tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
berterusan.
- Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya
mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
- Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap
orang seronok berinteraksi dengan kita.
- Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara
satu dengan yang lain.
- Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi
yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap
kita.
- Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain
akan tertarik kepada kita.
- Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang
lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan
balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
-
Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
-
Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain.
Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
- Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan
simpati dan perhatian.
-
Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
-
Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan
kelemahan atau keburukan orang lain.
- Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan
iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu
terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang
mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh
mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan
dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang
lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah
mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka
Berjihad itu WAJIB
Taken from forwaded email
Keredhaan Allah sebahagiannya terletak pada izin dan restu ibubapa.
sarapan minda dan air positif....
lalu kenyang sepjg hari........
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....