Bantuan kemanusiaan tergendala pesawat kargo rempuh lembu
Daripada: SYAHRIL A. KADIR
MEDAN 4 Jan. - Misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Acheh dari seluruh dunia tergendala apabila sebuah pesawat kargo Boeing 737 merempuh beberapa ekor lembu yang berada di landasan Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Acheh, malam tadi.
Pesawat yang membawa bantuan makanan itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian tayar.
Bagaimanapun, tujuh anak kapal di dalamnya dilaporkan selamat.
Sehing...

Sehingga berita ini ditulis lewat petang ini, kerja-kerja membersihkan tumpahan minyak sedang giat dilakukan namun pesawat tersebut belum dapat dialihkan dari landasan.
Ini kerana tiada peralatan dan pengangkutan sesuai yang boleh digunakan untuk mengalihkan pesawat tersebut.
Menurut jurucakap pihak berkuasa Indonesia, kejadian itu menyebabkan semua proses penghantaran bantuan kemanusiaan ke Acheh lumpuh serta-merta.
``Buat sementara ini hanya helikopter dan pesawat kecil digunakan untuk menghantar bantuan ke kawasan bencana.
``Bagaimanapun mereka hanya akan mendarat di lapangan terbang kecil yang terletak di kawasan Sebang,'' katanya pada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu di Lapangan Terbang Polonia di sini, ratusan penumpang yang hendak ke Banda Acheh terpaksa `bersidai' kerana hampir kesemua penerbangan pesawat komersial dan ketenteraan ke Banda Acheh terpaksa dibatalkan.
Ini termasuk misi Yayasan Salam dan Utusan Malaysia ke bandar tersebut.
Sehingga kini masih belum terdapat tanda-tanda Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda akan dibuka semula.
Bagaimanapun menurut sumber, pihak berkuasa Indonesia akan berusaha sedaya upaya untuk mengalihkan pesawat tersebut dengan segera memandangkan ia adalah lapangan terbang utama di Banda Acheh. -
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
sekurang-kurangnyer rezeki dah ade kat depan mata....salai jerk lembu tuh pon sodap......
heeheheh...
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....