PESAN ke-10 Luqman Al-Hakim kepada anaknya supaya bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri sama ada musibah itu datang daripada Ilahi untuk menguji diri, harta, suami isteri dan anak-anak.
Begitu juga musibah yang berpunca daripada pertembungannya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat, pemberi ingatan, pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Atau apabila pendakwah mengajak manusia ke...
PESAN ke-10 Luqman Al-Hakim kepada anaknya supaya bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri sama ada musibah itu datang daripada Ilahi untuk menguji diri, harta, suami isteri dan anak-anak.
Begitu juga musibah yang berpunca daripada pertembungannya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat, pemberi ingatan, pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Atau apabila pendakwah mengajak manusia kepada agama Allah iaitu Islam serta bidang atau cabang kebaikan lain.
Wasiat atau pesan itu dimulakan dengan arahan solat dan diakhiri supaya bersabar. Hal ini kerana solat adalah tiang agama dan sabar pula asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.
Jelasnya, sabar menahan musibah itu tergolong dalam ‘perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat daripada tahap keazaman’.
Perkara itu dijelaskan dalam ayat 17, surah Luqman bermaksud: “Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh."
Perkara ke-11 pula, Luqman menasihati anaknya agar tidak takbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongan dan ketinggian diri di depan manusia.
Luqman berpesan supaya tidak memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerana ia menunjukkan sifat takbur dan menghina (merendah-rendahkan seseorang).
Jangan takbur dan merendah-rendahkan seseorang kerana ia dilarang dalam Islam.
Jangan memaling muka, membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Sebaliknya, sentiasa tawaduk (merendahkan diri), berlembut, manis bicara, senang diajak berbicara, seronok diajak berbicara, riak muka yang gembira, ramah dan menjadi pendengar yang baik.
Hal itu dijelaskan lagi dalam ayat 18, surah Luqman bermaksud: “Janganlah engkau memalingkan muka engkau daripada manusia kerana kesombongan."
Kedua belas, Luqman menasihati anaknya agar tidak berjalan di atas bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hingga akhirnya keseronokan itu melebihi had dalam pergerakannya.
Ia membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana mengandungi ciri berlebih-lebihan atau jauh daripada kesederhanaan.
Dengan ciri itu orang yang gembira ini akan menjadi takbur dan sombong yang melebihi had syarak.
Perkara itu diterangkan dalam ayat 18, surah Luqman bermaksud: “Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri."
Pesan ke-13 adalah supaya anaknya bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan dan kelambatan yang amat sangat hingga menampakkan diri lemah seperti ingin dikatakan ‘zuhud’.
Tidak terlalu laju hingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling.
Oleh itu, sikap sederhana dan sekata antara lambat dan laju adalah lambang seseorang itu tenang, berakal serta cergas dan sihat.
Hal itu diterangkan dalam ayat 19, surah Luqman bermaksud: “Dan bersederhana dalam berjalan.â€
Akhirnya, Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Perkara ini adalah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan.
Diterangkan dalam wasiat ini bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan adalah perkara yang dikutuk, dikecam, tidak disukai dan buruk.
Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar/keldai kerana suara itu pada awalnya mengeluh dan akhirnya menguak/melalak.
Hal ini diterangkan dalam ayat 19, surah Luqman bermaksud: “Dan lembutkan suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk adalah suara himar.â€
Rujukan: http://www.emedia.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20050103225039/Article/index_html
Keredhaan Allah sebahagiannya terletak pada izin dan restu ibubapa.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."