Nasi Ambeng dibaca sebagai 'beng' dalam bengkak (tq waiem!) merupakan hidangan yang disediakan semasa kenduri kendara masyarakat Jawa. Ia sebenarnya mempunyai makna dan pengertian yang khusus kepada masyarakat.
Yang pertamanya, ia tidak dimakan sehingga habis. Hanya dicuit sekadar untuk merasa dan terus dibahagi-bahagikan sesama rakan sedulang. Jadi hidangan Nasi Ambeng ini boleh dibawa pulang untuk dinikmati oleh seisi keluarga *maklum la, zaman dulu mana ada hiburan dan makan² free, ja...
Nasi Ambeng dibaca sebagai 'beng' dalam bengkak (tq waiem!) merupakan hidangan yang disediakan semasa kenduri kendara masyarakat Jawa. Ia sebenarnya mempunyai makna dan pengertian yang khusus kepada masyarakat.
Yang pertamanya, ia tidak dimakan sehingga habis. Hanya dicuit sekadar untuk merasa dan terus dibahagi-bahagikan sesama rakan sedulang. Jadi hidangan Nasi Ambeng ini boleh dibawa pulang untuk dinikmati oleh seisi keluarga *maklum la, zaman dulu mana ada hiburan dan makan² free, jadi anak² sentiasa menunggu kepulangan ayahnya beserta Nasi Ambeng. Yang keduanya pula, sebagai bukti bahawa si suami memang pergi ke kenduri, bukan pergi ke kedai Cik Mala Janda ataupun main dam kat kedai kopi sampai lewat malam.
Kakang pergi kenduri? Iyoo abis, nasik ambengnya nandi? er.. er.. Kakang = abang, nandi = mana.
Nasi Ambeng dihidangkan di atas talam yang dipenuhkan dengan nasi, dilapikkan dengan daun pisang untuk mengekalkan aroma beserta lauk pauk di atasnya. Lauk terdiri daripada ayam goreng seekor (biasanya dibelah empat), mee goreng, tempe goreng serta kerabu betik. Kebiasaannya memang la nampak banyak, seperti mana sebab-sebab yang telah dinyatakan tadi. Demikianlah serba sedikit ringkasan mengenai sejarah Nasi Ambeng dari saya yang bukan Jawa gelak getik
'sesungguhnya orang orang Islam itu bersaudara, maka damaikanlah diantara saudaramu yang bersengketa'
- ceria selalu -