warga MM semua... saya nak cerita sikit, petang semalam saya dihubungi oleh seorang kawan lama. Dia menceritakan perihal dirinya yang telah menyertai satu kumpulan yang menganjurkan penghayatan Al-Quran dan penubuhan negara Islam. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kawan ini memberitahu serba-sedikit tentang fahaman kumpulan ini. Di antaranya:
- Penekanan terhadap Surah Al-Kahfi. Perjuangan menegakkan Islam hendaklah secara sembunyi-sembunyi sepertimana Ashabul Kahfi b...
warga MM semua... saya nak cerita sikit, petang semalam saya dihubungi oleh seorang kawan lama. Dia menceritakan perihal dirinya yang telah menyertai satu kumpulan yang menganjurkan penghayatan Al-Quran dan penubuhan negara Islam. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah kawan ini memberitahu serba-sedikit tentang fahaman kumpulan ini. Di antaranya:
-
Penekanan terhadap Surah Al-Kahfi. Perjuangan menegakkan Islam hendaklah secara sembunyi-sembunyi sepertimana Ashabul Kahfi bersembunyi di dalam gua. Perjuangan secara terang-terangan tidak akan berjaya kerana akan dibanteras oleh musuh Islam awal-awal lagi.
-
Menegakkan negara Islam bukan di Malaysia, tetapi di sebuah negara yang dirahsiakan. Hanya ahli-ahli yang sudah dapat menghayati isi kandungan Al-Quran sahaja akan dihantar ke negara tersebut.
-
Orang yang berhadas besar (termasuk wanita yang sedang haid) boleh menyentuh dan membaca Al-Quran. Larangan menyentuh dan membaca Al-Quran ketika berhadas hanya akan menjauhkan umat Islam dari Al-Quran.
-
Umat Islam perlu dibesarkan terlebih dahulu dengan penghayatan isi kandungan Al-Quran, barulah boleh membesarkan Allah. Seolah-olahnya, kumpulan ini mendakwa kebesaran Allah itu bergantung kepada ramainya umat Islam yang menghayati Al-Quran sedangkan Maha Suci Allah daripada bergantung kepada makhluk. Allah tetap Maha Besar walaupun jika tiada makhluk yang menyembah dan membesarkan-Nya.
-
Ulama-ulama hadis seperti Imam Bukhari sama tarafnya dengan Dr. Hamid Othman pada masa sekarang.
-
Umat Islam kini hakikatnya masih kafir kerana tidak berhijrah ke arah penyucian jiwa.
-
Nabi Isa a.s. tidak akan turun menjelang kiamat nanti kerana baginda sudah wafat. Kumpulan @ jemaah ini menyatakan tidak ada nas dalam Al-Quran yang menceritakan Nabi Isa diangkat ke langit dan akan diturunkan menjelang kiamat.
Kata kawan ni lagi, kumpulan ini biasanya bergerak dari rumah ke rumah secara berdua. Kalau ada orang yang mempertikaikan mereka, mereka akan memetik ayat dari Surah Yasin yang bermaksud "Telah diutus dua orang Rasul kepada mereka, lalu mereka mendustakan". Kumpulan ini menyatakan maksud Rasul yang terdapat di dalam ayat di atas ialah orang yang menyampaikan wahyu Allah. Oleh kerana sekarang ini tiada lagi Nabi dan Rasul, maka sesiapa sahaja yang menyampaikan ayat Allah itu sama taraf dengan Rasul. Saya telah menasihatkan kawan saya tu agar meninggalkan kumpulan tersebut kerana jelas fahaman @ ajarannya bercanggah dengan ajaran Islam dan kalau perlu laporkan kepada pihak yang berwajib agar tindakan boleh diambil. Kalau ada sahabat-sahabat di MM yang ada info tentang kumpulan ini, bolehlah kongsi-kongsi kat sini. Saya tak pastilah sama ada kumpulan tu ialah Jemaah Al-Quran Malaysia yang dah diharamkan ataupun kumpulan lain, tapi tengok cara macam kumpulan anti hadis je dia orang ni.
Tahu diri hamba belum memadai, hati merasa hamba itulah yang dicari
Never tickle a sleeping dragon ... Believe me, you are not going to love it ...