Di dalam pandangan Tuhan, setiap sesuatu telah pun berlaku dan tamat dalam suatu ketika. Sejak dari permulaan masa, setiap sesuatu telah terjadi pada ketika ini. Dalam pandangan Tuhan, semua maklumat berhubung dengan ketika ini disimpan di dalam sebuah "kitab". "Kitab utama" ini, atau nama yang digunakan untuknya di dalam Al-Qur'an, "Ibu Kitab", menyimpan setiap cebisan maklumat mengenai setiap sesuatu.
Dan sesungguhnya, ianya di dalam Ummul kitab, di ...
Di dalam pandangan Tuhan, setiap sesuatu telah pun berlaku dan tamat dalam suatu ketika. Sejak dari permulaan masa, setiap sesuatu telah terjadi pada ketika ini. Dalam pandangan Tuhan, semua maklumat berhubung dengan ketika ini disimpan di dalam sebuah "kitab". "Kitab utama" ini, atau nama yang digunakan untuknya di dalam Al-Qur'an, "Ibu Kitab", menyimpan setiap cebisan maklumat mengenai setiap sesuatu.
Dan sesungguhnya, ianya di dalam Ummul kitab, di sisi Kami, benar-benar mulia dan banyak mengandung hikmah". (Surah Az-Zukhruf: 4)
".......pada sisiNya terdapat Ummul kitab. (Surah Ar-Ra'd: 39)
"Di sisi Kami kitab yang memelihara. (Surah Qaf: 4)
Tiada sesuatupun yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan dalam Kitab yang Nyata. (Surah An-Naml: 75)
Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang di dalamnya, dan mereka berkata: "aduhai celakalah kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar tetapi ia mencatat semuanya dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis) dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". (Surah Al-Kahfi: 49)
Dalam sebuah ayat lain juga Tuhan mengisytiharkan bahawa semua peristiwa yang dialami oleh seseorang, semua yang difikirkan dan semua yang menimpanya tercatat di dalam Kitab ini:
Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada diri mu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah Al-Hadid; 22)
Sebenarnya, setiap sesuatu, hidupan atau bukan hidupan, yang pernah wujud sejak permulaan alam semesta dan semua peristiwa yang telah terjadi, telah diciptakan oleh Tuhan. Kesimpulannya, Tuhan adalah amat mengetahui terhadap semuanya. Atau dalam kata lain, "semuanya itu wujud dalam memori Tuhan". Dalam pengertian ini, Umm Al-Kitab adalah satu manisfestasi sifat Allah, Al-Hafiz.
Pada titik ini, kita menemui satu fakta yang mengejutkan: disebabkan memori Tuhan tidak terbatas, tiada satu kewujudan pun yang terlepas dariNya. Dalam kata lain, tiada suatu kehidupan yang diciptakan Tuhan musnah, tiada bunga yang layu, tiada minuman yang habis, tiada suatu jangka masa yang berakhir, tiada makanan yang habis dimakan. Setiap detik Tuhan mencipta dan setiap perincian yang tepat diciptakan dalam keabadian dan ianya "ditakdirkan untuk kekal".
Hadis Riwayat Al Bukhari
No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.