Masa merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Masa ibarat emas dan ‘time is money’ kata orang Barat. Masa terus berlalu dan yang telah berlalu itu dipanggil sejarah. Manusia tidak boleh menahan masa kecuali Allah SWT. Masa tidak berulang dan tidak dapat disimpan.
Manusia berkongsi masa. Setiap seorang daripada kita mempunyai jumlah masa yang sama. Seorang 24 jam sehari. Tidak ada yang terkurang dan tidak ada yang terlebih. M...
Masa merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Masa ibarat emas dan ‘time is money’ kata orang Barat. Masa terus berlalu dan yang telah berlalu itu dipanggil sejarah. Manusia tidak boleh menahan masa kecuali Allah SWT. Masa tidak berulang dan tidak dapat disimpan.
Manusia berkongsi masa. Setiap seorang daripada kita mempunyai jumlah masa yang sama. Seorang 24 jam sehari. Tidak ada yang terkurang dan tidak ada yang terlebih. Masa dianugerahkan kepada insan dan semua makluk yang hidup di muka bumi ini dengan seadil-adilnya.
Pastinya bagi Muslimah yang bekerja, masa 24 jam sehari kadang kala dirasakan tidak mencukupi. Pelbagai saranan yang anda baca dan dengar tentang menguruskan masa pastinya membuatkan anda teringin untuk mencubanya. Jika anda ada berperasaan begitu, jangan berlengah lagi. Mulakan pengurusan masa dengan bijak hari ini. Bertangguh adalah amalan yang sangat merugikan.
Pengurusan masa
Pengurusan masa sebenarnya adalah satu pilihan . Apabila anda memilih untuk membuat sesuatu, anda telah membuat keputusan untuk tidak membuat satu perkara yang lain dalam satu jangka masa yang sama. Tetapi adakah anda gembira dengan pengurusan masa anda terhadap perkara-perkara penting yang menjadi agenda harian anda selama ini?
Cuba semak pengurusan masa anda untuk aktiviti-aktiviti seperti keluarga, kerja, riadah dan amal ibadat. Dengan setiap detik yang berlalu adakah anda berpuas hati dengan cara anda menghabiskan masa ke atas aktiviti-aktiviti tersebut?
Aturkan aktiviti harian anda mengikut keutamaan. Ia sebenarnya langkah pertama dalam sistem pengurusan masa dengan bijak. Setiap hari biasakan dengan menjadualkan secara mental apa yang ingin anda lakukan. Dalam membuat jadual apa yang ingin dicapai pada hari itu, agenda yang paling utama perlulah dilakukan pada waktu paling produktif yang lazimnya ialah pada awal pagi.
Jika anda menggunakan diari harian atau senarai ‘to do’ untuk membantu agar tidak terpesong daripada melakukan kerja-kerja lain yang kurang penting, amalkannya dengan tekun. Diari dan senarai semak ini walaupun bukan penyelesai pengurusan masa sepenuhnya tetapi ia tetap dapat membantu mencartakan jadual harian anda dengan lebih berkesan.
Namun dalam melaksanakan perkara ini yang penting ialah kesungguhan dan komitmen anda untuk mengikut jadual yang dirancang. Ahli-ahli bijak pandai mengatakan bahawa mengurus masa dengan baik memerlukan displin, sepenuh tumpuan dan kesungguhan. Malahan anda perlukan kekuatan atau semangat yang jitu untuk melaksanakan apa yang telah anda jadualkan setiap hari.
Jangan keliru
Produktiviti kerja akan meningkat selagi anda patuh dengan jadual aktiviti yang telah ditetapkan. Cuma jangan anda keliru dengan menyamakan hari yang sibuk sebagai hari yang produktif. Tidak dinafikan dengan melibatkan diri sepenuh masa dalam tugas-tugas harian yang banyak dan rencam akan memberi satu kepuasan tetapi ia tidak bermakna apa yang telah dilakukan merupakan aktiviti-aktiviti yang benar-benar penting dan utama.
Bagi memanfaat sepenuh masa anda setiap hari, hindari daripada melakukan perkara-perkara yang dikira pembunuh masa. Lihat perkara berikut. Kebanyakannya ialah aktiviti yang tidak berfaedah sama ada datang dari diri anda atau dari orang lain. Antara pencuri masa anda di pejabat ialah:
-
Berborak di telefon
-
BerSMS di telefon bimbit
-
Singgah di meja rakan sepejabat dan berbual kosong
-
Minum pagi, tengah hari, petang yang agak lama
-
Berangan-angan atau termenung
-
Melayari laman web bukan untuk tujuan kepentingan tugas
-
Menggunakan masa rehat lebih daripada sepatutnya
Renungkanlah sejenak. Masa adalah kehidupan, masa adalah milik Allah dan bukan hak manusia untuk digunakan sebarangan. Ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w, yang bermaksud: Oleh itu sudah tiba masanya untuk anda bertekad. Jangan bertangguh lagi dalam mengerjakan sebarang urusan harian. Gunakanlah sebijak dan sebaik mungkin masa yang datang. Manfaatkan sepenuhnya masa anda mulai saat ini.
Nabi Isa a.s pernah berkata yang bermaksud: “Kehidupan di dunia hanyalah untuk tempoh tiga masa. Masa yang berlalu ialah yang tiada kesempatan untuk kita mendapatkanya semula. Masa yang akan datang atau esok yang tidak kita ketahui sama ada dapat kita menikmatinya lagi atau tidak dan masa atau di saat kita sedang berada di dalamnya iaitu hari ini. Oleh itu manfaatkanlah masa di mana kita sedang berada di dalamnya dengan sebaik-baiknya.â€
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...