SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama
anaknya, Arwan dan menantu perempuan
nya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun.
Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari
jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin
kabur.
Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam
bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja
makan.
Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama...
SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama
anaknya, Arwan dan menantu perempuan
nya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun.
Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari
jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin
kabur.
Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam
bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja
makan.
Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia
gemar
bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar
dirasakannya,
sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa
malu
berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.
Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia
mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !!
Bertaburan kaca di lantai.
Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas
itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam
mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat,
kemudian makan semula.
"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya
berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan
hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata
Arwan.
Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil
yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut
bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil
anak menantu makan di meja berhampiran.
Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan
begitu.
Ketika itu dia teringat kampung halaman
yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan
dia
berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ.
Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan
seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi
mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati
cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.
Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan
pinggan kayu, begitu juga gelas minuman
yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia
pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat,
semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu
memberi makan
kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk
mama,"
kata Rina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali
waktu
makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang
pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan,
kedua-duanya hanya berbalas senyum.
Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina
terperanjat melihat anak mereka sedang ber
main dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu.
Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi
nya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan
menegur manja anaknya. Dia sedikit
hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia
disimpan di dalam stor.
"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila
Viva
besar nanti, taklah susah cari. Kesian
ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina
terusik. Kelopak mata kedua-duanya ber
genang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti
dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa ber
salah!
Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina
menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah
tidak
dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir
sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi
menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.
Lelaki
tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.
"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada
ayahnya selepas makan. Arwan hanya meng
angguk, tetapi dadanya terus sebak.
MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibu
bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti...jadi,
berbaktilah
kepada mereka selagi hayat dikandung badan!
sabar itu iman..duit bukan kawan..dunia hanya pinjaman..mati tak berteman..