Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
az-zumar 42
Se...

Sememangnya apabila kita tidur, roh kita keluar dari jasad dan mengembara ketempat yang pernah kita kunjungi dan yang tidak pernah kita kunjungi. Roh yang keluar ialah roh hakiki manakala roh kehidupan telah kaku bersama jasad. Ke mana roh kita pergi samada ditempat baik atau tidak adalah urusan Allah. Cuma kita digalakan ambil air sembahyang semasa tidur dan membaca ayat tertentu bagi menjamin kesejahteraan roh kita. tidak perlu tafsir mimpi. mimpi MENGINGATKAN KITA BAHAWA DISEBALIK KEMATIAN ADA KEHIDUPAN YANG ABADI!!
Sewaktu Rasulullah S.A.W. hendak tidur, lazimnya baginda meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanan. (Riwayat Thabrany dari Hafshah). Sebelum melelapkan mata, beliau berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, dengan namamu aku hidup dan dengan namamu aku mati."
Bila terjaga, baginda mengucapkan : "Alhamdulillah yang menghidupkan kami sesudah kami dimatikan dan kepadanyalah kami akan kembali berkumpul." (Riwayat Ahmad, Muslim dan Nasaai dari Al- Barraaq).