minta pandangan ahli...
Pada tahun 2003 saya telah mengupah seseorang yang berkerja sambilan yang menawarkan perkhidmatan untuk mengambil video ke majlis pernikahan dan perkahwinan di rumah isteri saya. Lebih kurang 2 minggu kemudian VCD yang mengandungi majlis pernikahan dan perkahwinan saya tersebut telah siap di edit dan saya merasa amat gembira bila menontonnya.
Pada bulan September 2004 yang lepas saya dan isteri telah bercuti ke Paris dan London. Dengan niat untuk membantu `USAHAWAN MELAYU' saya tidak teragak...
4 comments
Comments (4)
letakkan akal fikiran dihadapan perasaan bukan perasaan dihadapab akal fikiran. saya faham perasaan encik.
mungkin orang tersebut mempunyai masalah dengan video tape encik seperti terhilang atau sebagainya.. yang pasti sebelum apa apa tindakan diambil encik perlu bersemuka dahulu dengannya untuk mendapatkan status video tape encik... kemudian tindakan susulan boleh diambil...
"belakang parang kalau di asah tajam juga"

21 years
Kebenaran dan kejituan kata kata mirzamohd amat saya hargai dan setuju dan hendaknya che mie juga dapat membuka hati akal dan budi untuk menilainya.
Bertindak mengikut undang undang dunia memang baik tapi pembuktianya juga perlu mantap kerana perjanjian dibuat hanya berdasarkan "mulut".
Sebagai org yang pernah "berniat" membantu `USAHAWAN MELAYU' tentunya juga mempunyai pandangan dan renungan yang jauh dalam dalam. Kekadang kita perlu "biadap, kasar dan tegas" dalam mempertahankan Hak dan Kebenaran kita apalagi dizaman manusia sering "lupa" amanah sesama manusia.
Usahalah dengan cara yang terbaik dan bijaksana untuk mendapatkan kembali dan beri kemaafan serta lupakanlah jika terbukti bahawa barang yang dikehendaki hilang atau musnah...
Dan tinggalkan "pelajaran" buat mereka yang tak bertanggung jawab.
Hadirku bagai kain buruk buat pengalas kaki

sedikit nasihat atau input buat che mie..
mula-mula banyakkan bersabar...
jika dulu dah banyak bersabar..maka tambahkan lagi tahap kesabaran tu...
kedua..bersedia untuk redho..seredhonya...
ketiga pikirkan 'worst case scenario'...iaitu segala-galanya musnah..
rakan tu hilang, tape tu tah kemana, dan lain-lain lagi yang panjang list kekecewaannya....
memang manis sekali kenangan tersebut... tetapi semua perkara atau kejadian yang berlaku ada hikmahnya..walau baik atau buruk... hanya Allah yang maha mengetahui..
buat che mie....
teruskan usaha untuk dapatkan kembali 'finish material' atau tape-tape tu...
nak report polis pun boleh tak report pun boleh...
bagi saya..kalau tak dapat (setelah usaha) pun tak mengapalah..redho sahaja kerana apa yang che mie lalui (kemanisan di paris) sebenarnya tak boleh digambarkan hatta melalui dvd tersebut... ianya abadi, termeteri dan kekal dalam sanubari che mie dan isteri tersayang sahaja dan Allah tidak mahu ianya dikongsi-kongsi.... hanya DIA yang maha mengetahui...
mungkin che mie tak boleh terima namun itulah pandangan saya...
maafkan saya..
wasalam
AlFakirWalMiskin....LillahiTaala

Untuk pengetahuan semua saya telah menerima kembali semua video tape berserta DVD yang telah dieditkan pada 23/12/2004 2.30PM.
Orang tersebut juga telah memohon maaf kepada saya diatas kelewatan tersebut kerana sibuk bertugas diluar daerah.
Beliau juga turut memohon maaf kerana tidak menjawab panggilan saya atau menelefon serta menghantar sebarang SMS untuk memberitahu mengenai kelewatan tersebut yang menyebabkan saya sentiasa berada dalam kerisauan.
Yang penting saya sudah mendapatkan kembali `Kenangan Seumur Hidup' saya itu kembali...
Jutaan ucapan terima kasih kepada kawan-kawan yang prihatin yang telah memberi respone kepada saya...
chemie.