Tahun Cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun bersamaan 9,460,528,405,000 kilometer. Tahun caya juga didefinisikan sebagai jarak yang dilalui oleh photon dalam ruang terbuka, jauh daripada mana mana tarikan graviti atau magnet dalam tempoh satu tahun Julian (bukan tahun lompat). Memandangkan cahaya boleh bergerak selaju 299,792,458 m/s dalam keadaan vakum, satu tahun cahaya bersamaan 9.46 x 1015 m = 9.46 petameter.Tahun cahaya digunakan untuk mengukur jarak...
Tahun Cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun bersamaan 9,460,528,405,000 kilometer. Tahun caya juga didefinisikan sebagai jarak yang dilalui oleh photon dalam ruang terbuka, jauh daripada mana mana tarikan graviti atau magnet dalam tempoh satu tahun Julian (bukan tahun lompat). Memandangkan cahaya boleh bergerak selaju 299,792,458 m/s dalam keadaan vakum, satu tahun cahaya bersamaan 9.46 x 1015 m = 9.46 petameter.Tahun cahaya digunakan untuk mengukur jarak yang tersangat jauh dalam ilmu falak seperti jarak bintang, galaksi dan saiz Alam Semesta.
Dalam bidang astronomi, unit yang digemari ialah parsec yang didefinisikan sebagai jarak bagi suatu objek untuk menghasilkan satu arcsecond paralaks apabila memerhati satu bergerak sebanyak satu unit astronomikal. Nilainya adalah lebih kurang 3.26 tahun cahaya. Unit parsec digemari kerana unit ini boleh didapati daripada pemerhatian.Satu tahun cahaya bersamaan 63,241 unit astronomikal (AU).
Kita sememangnya yakin alam yang maha luas dan besar ini bukanlah terjadi dengan sendirinya. Mustahil sesuatu itu terjadi dengan sendirinya melainkan ada yang menciptanya. Dan pencipta alam seluruhnya ini ialah ALLAH Tuhan bagi mereka yang bertaqwa. Kita meyakini bahawa Allah s.w.t. bukan sahaja semata-mata mencipta bahkan mengatur pula perjalanan alam seluruhnya. Allah lah yang memutarkan bumi dan bulan pada paksi dan orbitnya, menjadikan matahari bersinar, bulan bercahaya dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepada-Nya)?(Yunus : 31)
SEMOGA DIAMBIL IKTIBAR BAGI UMAT ISLAM BAHAWA SESUNGGUHNYA HARI PEMBALASAN ITU WUJUD!!! DAN TUNGGULAH AKAN TIBA MASANYA PEMBALASAN YG PEDIH BAGI ORANG-ORANG LALAI!!!
terima kasih mohd amin..
batapa agungnya ciptaan Allah..
Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikan dosa2 terbayang di ruang mata..