...
ISLAM sentiasa memastikan hak seseorang itu terjamin. Dalam Islam, kita diajar supaya memberi atau meletakkan sesuatu kepada haknya. Jangan sekali-kali menodai dan mencabul hak orang yang seperti menerimanya.
Dalam hal ini, ada tiga golongan yang dimusuhi Allah pada hari kiamat iaitu:
Orang yang memberikan sesuatu dengan menggunakan nama Allah, lalu dia berkhianat.
Orang yang menjual orang merdeka, lalu memanfaatkan harganya
Orang yang mengupah seseorang, lalu oran...
...
ISLAM sentiasa memastikan hak seseorang itu terjamin. Dalam Islam, kita diajar supaya memberi atau meletakkan sesuatu kepada haknya. Jangan sekali-kali menodai dan mencabul hak orang yang seperti menerimanya.
Dalam hal ini, ada tiga golongan yang dimusuhi Allah pada hari kiamat iaitu:
Orang yang memberikan sesuatu dengan menggunakan nama Allah, lalu dia berkhianat.
Orang yang menjual orang merdeka, lalu memanfaatkan harganya
Orang yang mengupah seseorang, lalu orang itu sudah menyempurnakan tetapi upahnya tidak diberikan.
Ada juga dalam hal ini iaitu mereka yang menganiaya orang Yahudi atau Nasrani (yang dalam naungan Islam) atau mengurangi haknya, memberikan tugas di luar kekuatannya atau mengambil sesuatu yang menjadi miliknya dengan cara tidak baik.
Golongan ini yang akan dimusuhi Allah pada hari kiamat.
Demikian juga dengan orang yang bersumpah palsu dengan tujuan menjamin hutang dengan cara berdosa.
Orang yang mengambil hak orang Islam dengan sumpahnya, Allah memastikan dia masuk neraka dan diharamkan baginya memasuki syurga walaupun yang diambilnya hanya sepotong kayu siwak yang digunakan untuk menggosok gi-gi.
Oleh itu, bagi mereka yang melakukan kekejaman kepada saudara atau kawannya, baik mengenai suatu pelanggaran kehormatan atau perkara lain, mintalah direlakannya pada hari ini ketika di dunia sebelum sampai hari kiamat. Perkara ini kerana ketika itu, wang tidak akan berguna lagi.
Pertama yang bermusuhan pada hari kiamat itu adalah suami dan isteri.
Demi Allah, mulutnya tidak berbicara tetapi tangan dan kakinya akan menjadi saksi.
Hanya tangan dan kakinya yang akan bersaksi apakah yang telah dilakukannya ketika suaminya itu tidak ada di rumah pada masa hidupnya di dunia.
Bagi suami pula, tangan dan kakinya juga akan menjadi saksi ke atas segala yang dikerjakannya selama memimpin isterinya itu apakah dengan cara yang baik atau buruk.
Juga akan dipanggil adalah hubungan tuan rumah dengan orang yang membinanya dan apa yang diambil daripada mereka, baik dalam bentuk kewangan atau barang yang kurang berharga.
Demikian kebaikan orang yang zalim itu harus diberikan kepada orang yang dianiayanya dan keburukan orang yang dianiaya itu dipikul oleh orang yang zalim itu.
Kemudian mereka akan diawasi oleh malaikat yang mengekang mereka dengan besi sambil mengatakan: "Masuklah ke dalam neraka." (Riwayat Thabarani).
Orang yang zalim akan merasakan apa yang kekurangan bagi dirinya dan akan menunggu seksaan, sedangkan yang teraniaya akan menunggu adanya pertolongan dan ganjaran. Dan jika Allah menghendakinya, nescaya seseorang itu akan menghadapi orang yang akan menyeksanya.
Seorang arif ada mengatakan:
“Aku bermimpi melihat orang yang membantu orang zalim dan mereka yang menipu. Setelah mati, wajahnya nampak buruk sekali. Lalu aku menanyakan kepadanya:â€Mengapa keadaan kamu demikian rupa?†Dia menjawab:â€Aku dalam keadaan bernasib buruk.â€
Kemudian aku bertanya: Lalu ke manakah keadaan anda selanjutnya?†Dia menjawab: “Aku menuju seksaan Allah.†Aku bertanya lagi: “Bagaimanakah keadaan orang yang berbuat zalim itu?â€
Dia menjawab: “Dia bernasib buruk.â€
~~ Berita Harian online ~~
Payah sungguh nak buat org lain paham maksud kita...
"Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku" [http://zumindar.250free.com]