Zana.
Zana.
21 years
1752 views

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan menga...

3 comments
Share this post

Comments (3)
Zana.
Abul-Laits berkata: "Andaikan Allah s.w.t. tidak menyebut kewajipan berbakti kepada kedua orang tua itu dalam al-quran, dan tidak ditekankan nescaya dapat dimengertikan oleh akal bahawa taat kepada kedua orang tua itu wajib, kerana itu diwajibkan seorang yang berakal harus mengerti kewajipannya terhadap kedua orang tuanya, lebih-lebih Allah s.w.t. telah menekan dalam semua kitab yang diturunkan iaitu Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran, juga telah diwahyukan kepada semua Nabi, Rasul bahawa ridho Allah s.w.t. tergantung pada ridho kedua orang tua dan murka Allah s.w.t. tergantung pada murka kedua ayah bonda."

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Wan Kasmah Daud
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah..... dan semoga Allah merahmati .......
21 years
Zana.
Seorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, ibuku kini mengigau ditempatku, maka sayalah yang memberi makan minum dengan tanganku juga mewudhu'kannya, dan mengangkat diatas bahuku, apakah yang demikian itu bererti aku telah membalas jasanya?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Belum, belum satupun dari jasa-jasanya dari jasa-jasanya (satu peratus) tetapi engkau telah berbuat baik dan Allah s.w.t. akan memberi pahala kepadamu yang besar dan banyak terhadap amalanmu yang sedikit."

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.