....
salam sejahtera.... salam sayang.. dan salam ukhwah....
Selamat Hariraya Aidilfitri... Maaf zahir dan batin...
Errmm.. tak ada apa yang istemewa setiap kali hariraya tiba, bukan kerana apa.. hanyalaa kerana tiada orang tua bersama kita, tiada orang tua yang membuat kita rasa meriah dengan ketibaan Syawal...
Selalunya hati dan perasaan akan bergegas gegas nak sampai dan balik kampung berhariraya dengan sanak saudara terutama ibu dan ayah di kampung...
Hati ini terasa bagitu ...

Hati ini terasa bagitu pilu dan sedih bila melihat anak anak kelihatan tidak ceria tanpa nenek dan atuk... yang ada hanya ibu dan ayah...keghairahannya berkurangan...
Ingatlah....
walaupun bagi sesetengah ayah dan ibu masih tegap dan kuat , dan masih bekerja.. usahlah diketepikan mereka... Mereka akan menjadi tua juga satu hari dan yang muda akan memasuki alam orang tua setelah mendirikan rumahtangga...usahlah yang muda sibuk dengan mencari keseronokkan bersama kawan2....carilah jugak keseronokkan bersama keluarga.
Alhamdulillah....
masih beraya lagi anak beranak....
Hari ini along balik JB..
Sabtu malam minggu angah balik Penang
Minggu petang Isnin adek balik asrama..
Isnin ...adek sambung pepereksaan SPMnya...
Mudah2an.. berkat doa sanak saudara dan semua .. InsyaAllah adek akan memperolehi keputusan yang cemerlang...
Amin....
Payah sungguh nak buat org lain paham maksud kita...
Mari kita doakan agar kejayaan kita, suami atau isteri kita, anak-anak kita, cucu-cicit kita hingga ke hari kiamat hanyalah dlm keimanan dan ketakwaan kpd Allah semata-mata.
Kemudian itu barulah kita doakan kejayaan kpd kita, suami atau isteri kita, anak-anak kita, cucu-cicit kita hingga ke hari kiamat dlm pelajaran, pendidikan, career masing-masing. Sebab itu ramai anak bangsa kita berjaya di menara gading, di Universiti, di College, di IPTA, di IPTS tetapi gagal anak bangsa kita berjaya di surau-surau, di madrasah-madrasah, di masjid-masjid.
Walhal, sudah nyata dan sudah jelas kejayaan yg Allah swt minta supaya kita beri 'priority' ialah dlm haiya 'alas solah! Sehinggakan ke dewasa ini terdpt ramai ibu dan bapa kita meminta masjid-masjid dan surau-surau melakukan solat hajat meminta kejayaan kepada anak-anak kita dlm pelajaran mereka tetapi TIDAK dalam solat mereka!
Moga-moga saya dan tuan/puan dpt perbetulkan fahaman akhirat & dunia kita seperti mana yg dikehendakki oleh Allah dan RasulNya saw.
Pelihara Solat & Allah'alam.