assalamualaikum...
tak tahu kenapa, hari ni rasa sebak, terharu, bahagia, sedih dan lain-lain...
mungkin sebab setelah sekian lama, hari ini saya menatap dan melayari laman web mymasjid ini.
mungkin sebab raya dah nak dekat.
mungkin sebab malam ni kena buka sorang-sorang.
mungkin sebab...
entahlah...
tapi yang pasti...
ketika melayari laman web ini, terimbas kembali saat nakal, jahat, gumbira dan sedih.
laman web ini menjadi saluran komunikasi, hubungan dan kasih sayang.
dan ...

dan yang paling pasti,
laman web ini telah menemukan jodoh buat saya
:-) insya Allah, bulan Disember ini saya akan melangsungkan perkahwinan dengan warga mymasjid ini juga.
terima kasih tidak terhingga kepada webmaster mymasjid kerana mewujudkan laman web ini. moga Allah melimpahi saudara dengan seribu keberkatan dan kebahagiaan.
di kesempatan ini, saya mohon maaf kepada semua warga mymasjid yang mengenali diri ini di atas segala keterlanjuran kata saya.
kebahagiaan yang dicari telah saya temui.... segalanya bermula di sini...
terima kasih !!!!
salam aidilfitri buat semua......
kebahagiaan itu perlu dicari dan bukannya dinanti. setelah ku mencari, kebahagiaan itu kumiliki. kini.. pasti :-)
So, sebagai pesanan utk perkahwinan ini:
jaga makan & minum suami,
jaga perasaan & ego suami,
jaga pakaian suami,
jaga kepuasan sex suami,
insyallah bahtera mu tidak akan goyang.
Bila suami dpt dijaga, dia akan menjaga Tulip_Biru sebagaimana seorang ibu menjaga bayinya.
Pelihara Solat & Allah'alam.