Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah
Mengejutkan ahli keluarga untuk bersaama-sama beribadah menghidupkan
malam-malam tersebut
Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada
Aisyah r.a yang maksudnya:
"Adalah Rasulullah s.a.w , apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan)
beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan
mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri)."
(Riwayat Bukhari Muslim)
Mandi antara mangrib dan...
Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah
Mengejutkan ahli keluarga untuk bersaama-sama beribadah menghidupkan
malam-malam tersebut
Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada
Aisyah r.a yang maksudnya:
"Adalah Rasulullah s.a.w , apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan)
beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan
mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri)."
(Riwayat Bukhari Muslim)
Mandi antara mangrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian
yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksudnya:
"Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh
keimanan dan
Mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa
dilakukannya sebelum itu."
Melakukan iktikaf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya:
"Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terkahir dalam bulan
Ramadhan."
Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
Memperbanyakkan sedekah.
*Tanda-Tanda Lailatul Qadar
Diterangkan dalam sebuah hadis, antara tanda-tandanya ialah:
1.Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
2.Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih,
bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
3.Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat
cerah dan terang benderang.
*Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar
1.Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.
2.Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
3.Memperbanyakkan doa untuk diperolehinya.
*Adab Mengakhiri Ramadhan dan Menyambut Aidifitri
1.Allah menyuruh kita agar mengiktikaf akan kebesaranNya dengan
mengucapkan 'Takbir' pada malam Aidilfitri dengan gema yang mampu
menggemparkan para syaitan.
2.Allah menyuruh kita mengsyukuri segala nikmatNya dengan bertahmid
dan berzikir.
3.A llah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.
4.Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'Sadaqatul Fitri'
(membayar zakat fitri)
5.Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Aidilfitri dan mendengar
khutbah dengan penghayatan.
6.Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesame muslimin.
7.Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.
8.Kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahim
NaK BeRSuBaHaT MeMBuaT KeBaiKaN :)
NaK BeRSuBaHaT MeMBuaT KeBaiKaN :)