Bernama Online Berita Tengah
November 02, 2004 15:07 PM
Hishammuddin Tak Beri Muka Kepada Pelajar Kurang Ajar
SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Menteri Pelajaran Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak akan bertolak ansur dengan pelajar sekolah yang bersikap kurang ajar terhadap guru mereka yang mengambil tindakan disiplin mengikut peraturan.
"Suka atau tidak murid kena menghormati guru mereka lebih-lebih lagi guru disiplin kerana memang tugas mereka mengawal disiplin,...
Bernama Online Berita Tengah
November 02, 2004 15:07 PM
Hishammuddin Tak Beri Muka Kepada Pelajar Kurang Ajar
SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Menteri Pelajaran Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau tidak akan bertolak ansur dengan pelajar sekolah yang bersikap kurang ajar terhadap guru mereka yang mengambil tindakan disiplin mengikut peraturan.
"Suka atau tidak murid kena menghormati guru mereka lebih-lebih lagi guru disiplin kerana memang tugas mereka mengawal disiplin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pemangkin Kesejahteraan dan Kebajikan Pendidik anjuran Yayasan Guru Malaysia Bhd di sini hari Selasa.
Beliau mengulas laporan akhbar hari Selasa mengenai seorang guru disiplin Sekolah Menengah Jementah, Segamat, yang cedera di muka dan bibir akibat ditumbuk seorang pelajar lelaki yang ditegur kerana berambut panjang.
Kes itu kini disiasat oleh polis mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut.
Sambil menjelaskan bahawa beliau memandang serius perkara seperti itu, Hishammuddin berkata beliau sendiri akan meneliti dan mengkaji insiden itu.
"Kita tidak akan beri kelonggaran pada murid yang kurang ajar dengan guru mereka," katanya.
Hishammuddin berkata murid perlu menghormati guru sepanjang masa termasuk guru yang menjalankan tugas menjaga disiplin di sekolah.
mak ayah bz, lepas pd cikgu,
cikgu nak ajar..kene naik court pulak.
sudahnya, rosaklah budak2 sekarang.
tak makan ajar lansung!
morale of the story; siapa salah??
Dan jgnlah kamu menuruti org2 yg suka berjanji(bersumpah)