1.Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-
satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tia...
1.Apabila mendengar azan maka bangunlah
sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun
2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu,
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab
kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-
satunya syiar Islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang
sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa
tenang lagi tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang
sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
6.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada
kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana
percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi
yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi
orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang
memberi kebajikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin
yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita
ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak
daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan
sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.
BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN
AMALKANLAH