Imam Khalwat : Dicekup dengan janda dalam rumah
Oleh Wartawan > Idzham Hadi Sidik
MELAKA: Akibat mabuk asmara dan tidak mahu mendengar nasihat rakan membawa padah kepada seorang imam apabila ditangkap khalwat bersama seorang ibu tunggal di rumah pasangannya itu, di Kampung Baru, Nyalas Jumaat lalu.
Tangkapan dilakukan penduduk kampung dengan kerjasama jawatankuasa masjid dan polis kira-kira jam 10.30 malam.
Harian Metro difahamkan, tangkapan dilakukan penduduk kampung itu berdasark...
Imam Khalwat : Dicekup dengan janda dalam rumah
Oleh Wartawan > Idzham Hadi Sidik
MELAKA: Akibat mabuk asmara dan tidak mahu mendengar nasihat rakan membawa padah kepada seorang imam apabila ditangkap khalwat bersama seorang ibu tunggal di rumah pasangannya itu, di Kampung Baru, Nyalas Jumaat lalu.
Tangkapan dilakukan penduduk kampung dengan kerjasama jawatankuasa masjid dan polis kira-kira jam 10.30 malam.
Harian Metro difahamkan, tangkapan dilakukan penduduk kampung itu berdasarkan maklumat dan siasatan sejak dua bulan lalu.
Menurut sumber, imam itu yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Alor Gajah sebelum ini pernah ditangkap bersama pasangannya dua minggu lalu.
Sumber itu menjelaskan, pasangan imam itu dikatakan berusia dalam lingkungan 20-an dan mempunyai anak serta tinggal bersama ibunya yang juga ibu tunggal di Kampung Baru, Nyalas.
Katanya, semasa tangkapan dibuat, ibu kepada wanita itu berada di dalam rumah dan imam itu menafikan dia melakukan maksiat.
“Semasa membuka pintu, imam itu tidak berbaju dan cuma memakai kain pelekat dan menafikan dia melakukan maksiat semasa berada di rumah pasangannya itu,” katanya.
Imam berusia 38 tahun dan sudah berkahwin serta mempunyai anak itu sebelum ini dikatakan pernah menangkap bekas imam sebuah masjid kerana melakukan maksiat.
Sumber memberitahu lagi, kisah cinta imam itu dengan pasangannya bermula semasa kempen pemilihan Umno peringkat bahagian dan pusat yang baru lalu dan hubungan mereka dikatakan semakin intim.
Menurut sumber itu, imam berkenaan sudah beberapa kali dinasihatkan supaya tidak terlalu intim untuk mengelakkan pandangan negatif masyarakat terhadap institusi masjid di negeri ini.
“Namun nasihat rakan-rakan tidak dipedulikan dan imam itu terus akrab dengan pasangannya dan dia juga sering ke rumah wanita terbabit serta pernah mendakwa sudah membeli cincin untuk mengikat tali pertunangan,” katanya.
Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangkapan itu dan sedang menjalankan siasatan sebelum mendakwa imam serta pasangannya itu.
Imam berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau tiga tahun penjara.
ana fetik ini artikel dari Harian Metro lah....
wal fadang fasiron tonfok tonfok taik unta
tak patut..tak patut..dah laa tok IMAM!
YA allah..ingatkan diriku semasa lupa