Zana.
Zana.
22 years
1726 Lihatan

4 beranak dibunuh (Pelajar Kaherah)

4 beranak dibunuh --Isteri, dua anak pelajar kita di Kaherah rentung

Oleh: AINUL ASNIERA AHSAN dan AZIAN ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Seorang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar ditikam bertubi-tubi sehingga mati manakala isterinya dicederakan sebelum dibakar hidup-hidup bersama dua anak mereka di sebuah rumah di Bandar Haiyu-Syair, Kaherah, Jumaat lalu.

Identiti keluarga malang itu disahkan sebagai Muhammad Zaki Ayub, 27; isterinya, Nurul Hayati Bohari, 27 dan anak-anak mereka Siti...

10 comments
Kongsi kiriman ini

Komen (10)

zam
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah
22 years
aTiE SaLWaTiE
hukkk..hukkkk...cedihhnyeee...

abg ngan kakak tu senior sekolah lama atie..KISAS...pastu adik dia tu kawan atie...Siti Hahar....cedihnyeee...

takziah diucapkan..moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman dan beramal soleh..serta para syuhada...InsyaAllah...



"Hamba Allah......"
22 years
Zana.
http://hilmymahmad.blogspot.com/

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
22 years
Zana.
Waalaikummussalam...

Mami, pakusu...

"Kemaafan adalah dendam terindah"

Cayalah....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
22 years
Amir^Syakib^Arsalan
Memang betul tu Mami...

sebab itu sebuah negara Islam memagarkan negaranya dengan Hukum Hudud yang mana terkandung di dalamnya hukuman Qisas... yakni bunuh balas....

"SUMPAH PENDEKAR : BIAR PUTIH TULANG ASAL JANGAN PUTIH MATA ..."
22 years
pakusu
Subhanallah..

Allah lebih mengatahui segala2nye..

Mami, Zana ..pekabo??

KepadaMu tempat aku berlindong,dan kepadaMu jua tempat aku memohon pertolongan..
22 years
Mami Ros
....

Al Fateha jugak ....buat mereka yang terkorban..

Dendam manusia payah di padamkan, melainkan dengan membalas kembali.

Apapun, qada dan qadar adalah ketentuan Ilahi...



Payah sungguh nak buat org lain paham maksud kita...
22 years
Zana.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
22 years
Zana.
Empat beranak dibunuh:

Pangsapuri pelajar kita di Mesir turut dibakar

Oleh Nazmi Yaakub

KUALA LUMPUR: Empat beranak rakyat Malaysia ditemui mati dalam kebakaran di pangsapuri mereka di 10th District, Madinat Nasr, Kaherah, Mesir, dipercayai dibunuh sebelum kediaman mereka dibakar oleh seorang warga Indonesia, Jumaat lalu.

Mangsa ialah Mohd Zaki Ayub, 27, pelajar tahun akhir Universiti al-Azhar; isterinya, Nurul Hayati Bohari, 27 dan dua anak mereka, Siti Maryam Hafizah, 3, serta Muhammad Muazz Hafiz, 11 bulan.

Nurul Hayati, Siti Maryam dan Muhammad Muazz ditemui rentung di bilik tidur, tetapi mayat Mohd Zaki yang ditemui di ruang tamu tidak terbakar.

Mayat Mohd Zaki yang ditemui berhampiran pintu bilik tidur itu mempunyai tiga kesan tikaman di depan dan belakang badannya, selain kesan kelar di leher dengan percikan darah ditemui di ruang tamu pangsapuri berkenaan, termasuk di dinding dan kipas meja.

Dipercayai selepas Mohd Zaki dan Nurul Hayati dibunuh, bilik tidur itu dibakar. Kebakaran itu dikatakan bermula kira-kira jam 8 pagi waktu Mesir (2 petang waktu Malaysia).

Warga Indonesia terbabit, Dharman Agustari, 33, yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Mohd Zaki ditahan polis 24 jam selepas kejadian. Lelaki itu yang mempunyai kedai makan, menjalankan perniagaan tukaran wang asing dengan Allahyarham.

Rakan Mohd Zaki, Anhar Opir, 28, berkata pihak bomba memadamkan kebakaran kediaman Allahyarham di tingkat satu pangsapuri berkenaan kira-kira jam 10 pagi waktu Mesir (4 petang waktu Malaysia), dan mayat empat beranak itu dihantar ke hospital pada petang hari sama.

“Seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan itu menyedari kebakaran berkenaan sebelum menghubungi bomba.

“Kebakaran tidak disedari jiran keluarga itu yang mungkin sedang tidur kerana hari berkenaan adalah cuti umum,” katanya yang dihubungi Berita Harian, semalam.

Anhar turut membantu pihak polis menjalankan siasatan bersama seorang kenalan Mohd Zaki yang dikatakan pernah mengunjungi mangsa di pangsapuri itu, dua hari sebelum kejadian.

Mohd Zaki adalah bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) di Klang, Selangor dan mula menuntut di universiti itu pada 1996, manakala isterinya bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengikut suaminya pada 2000.

Difahamkan Allahyarham yang berasal dari Sekinchan, Selangor turut menjalankan perniagaan kedai makan di Mesir bagi menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup sekeluarga.

Kejadian berkenaan mendapat liputan akhbar tempatan di Mesir seperti al-Akhbar dan al-Jumhuriah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Kaherah, Wan Bakar Wan Dagang, yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Jenazah sepatutnya sudah boleh dituntut Sabtu lalu, tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian kerana polis dapat menahan orang yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.

“Bagaimanapun, jenazah dituntut pada pagi ini untuk disembahyangkan di Rumah Selangor, 10th District di Madinat Nasr dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah memaklumkan kejadian berkenaan kepada Wisma Putra dan Kementerian Pengajian Tinggi di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Kami sudah berhubung dengan Kedutaan Besar Indonesia untuk memaklumkan kepada mereka mengenai kejadian itu. Saya harap pelajar Malaysia di sini bertenang kerana perkara ini sudah menjadi kes polis.

“Saya juga menasihatkan pelajar supaya tidak membabitkan diri dengan perniagaan, sebaliknya menumpukan kepada pelajaran,” katanya.







"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
22 years
Zana.
Al-Fatihah....

Moga di golong dikalangan para Syuhada'....

Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita dikembalikan...

Aminnn....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
22 years
Hantar Komen
Tambah foto atau video
Bersikap hormat dan membina.