KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat Tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya kami meneruskan solat Tarawih terus-menerus semoga Allah meng-ampunkan dosa engkau.
Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang me...
KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIH
Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang solat Tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya kami meneruskan solat Tarawih terus-menerus semoga Allah meng-ampunkan dosa engkau.
Malam 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil, Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang solat di Masjidilharam, Masjid Madinah, dan Masjidil-Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi `Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersolat Tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9 :Allah mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti baru dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukkan.
Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia solat Tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau telah mati).
Malam 19 : Allah tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang yang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang yang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah beri penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali , lalu berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama 'Al-Kauthar'."
Risalah Ramadhan
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06
Mohamed Faisal