.....
Buat panduan bersama dalam menjalani kehidupan seharian ....
Bila ditinjau pandangan manusia tentang hidup,maka manusia dapati digolongkan kepada tiga golongan:-
1)Orang yang hidup untuk dunia semata-mata,mereka hanya berfaham kepada kebendaan dan kekayaan.Golongan ini digelar sebagai golongan Al-Dahriy dalam Al Quran.Firman Allah: ‘ dan mereka berkata kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja,kita mati dan kita hidup tidak ada yang membinasakan kita selain ma...
.....
Buat panduan bersama dalam menjalani kehidupan seharian ....
Bila ditinjau pandangan manusia tentang hidup,maka manusia dapati digolongkan kepada tiga golongan:-
1)Orang yang hidup untuk dunia semata-mata,mereka hanya berfaham kepada kebendaan dan kekayaan.Golongan ini digelar sebagai golongan Al-Dahriy dalam Al Quran.Firman Allah: ‘ dan mereka berkata kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja,kita mati dan kita hidup tidak ada yang membinasakan kita selain masa dan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu mereka tidak lain hanyalah menduga -duga sahaja’ (Al Jasiyah ayat 24 ).Manusia yang gilakan dunia akan lupa adanya akhirat ,adanya pembalasan atas apakah yang dikerjakan di atas dunia ini.Mereka menghabiskan seluruh masa untuk mengejar kejayaan dunia.
2)Orang yang sesat antara penghidupan dunia dan akhirat.Mereka adalah orang yang pada zahirnya beriman pada Allah dan hari akhirat tetapi hidup mereka seharian adalah tidak mencerminkan keimanan mereka dan mereka lebih condong pada keduniaan dan melupakan Allah.Firman Allah: ‘ diantara manusia itu ada orang yang ucapannya menarik hatimu dan dipersaksikannya pada Allah atas kebenaran hatinya,pada hal ia adalah penentang yang paling keras’ (Al Baqarah ayat 204)
3)Orang yang menganggap hidup ini sebagai jambatan menuju akhirat.Mereka mengetahui peranan hidup di dunia dan hidup di akhirat.Dalam kehidupan mereka,mereka menganggap kehidupan dunia ini sebagai medan atau tempat mereka melakukan ketaatan kepada Allah dan mencari keredhaan Allah.Firman Allah: ‘ dan tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku’( Az-Zariat ayat 56) hanya golongan manusia begini sahajalah yang digelar orang mukmin atau orang yang beriman yang memenuhi matlamat manusia dijadikan oleh Allah.Keseluruhan hidup mereka,harta,masa,tenaga,fikiran,rumahtangga dan sebagainya digunakan untuk memenuhi tujuan pengabdian kepada Allah.
DALAM GOLONGAN MANAKAH DIRI KITA BERADA?
JIKA KITA NAMPAKNYA LEBIH BERAT DAL AM GOLONGA PERTAMA ATAU KEDUA,APAKAH KITA TIDAK MAHU BERUSAHA MEMASUKI GOLONGAN KETIGA AGAR SEBAGAI MUKMIN SEJATI.