Zana.
Zana.
21 years
2970 views

Malu dan Iman . . .

Malu dan Iman - Gandingan yang menghiaskan manusia

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."

Berdasar hal itu, malu merupakan sifat yang paling mulia yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-N...

25 comments
Share this post

Comments (25)
Imam Nur
The Prophet said, "Seven (people) will be shaded by Allah by His Shade on the Day of Resurrection when there will be no shade except His Shade. (They will be), a just ruler, a young man who has been brought up in the worship of Allah, a man who remembers Allah in seclusion and his eyes are then flooded with tears, a man whose heart is attached to mosques (offers his compulsory congregational prayers in the mosque), two men who love each other for Allah's Sake, a man who is called by a charming lady of noble birth to commit illegal sexual intercourse with her, and he says, 'I am afraid of Allah,' and (finally), a man who gives in charity so secretly that his left hand does not know what his right hand has given."

Abu Huraira - Sahih Al-Bukhari 8.798

No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.
21 years
salopet
sambung cerita pasal malu lagik...

kekadang ada rasa tak malu jugak...

kerana adenyer malu yg tak patut malu..kudrat terpijak........

jadik...

jgn malu2 buat macam umah sendiri.... ...???

bulih ker di guna pakai lagik....

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
21 years
Zana.
Wahai Muslimah

Kelumbungmu hijab yang memelihara kehormatan kami.

Suatu rahmat bagi kami, kekuatan agama kami, asas umat kami.

Bibir putera-puteri kami mereguk susu di dadamu,

Sejak mula belajar menyebut kalimah La ilaha illallah,

Cintamulah yang mencorakkan pemikiran kami, kata-kata kami, amalan kami,

Panahan kilat kami beradu dalam awanmu,

Berkemilau di gunung, menyapu tanah pamah.

Wahai Muslimah Tinggi, tinggi, keinginan yang bergelut dengan dirimu!

Teladan sempurna,

Fatimah ‘Afifah itu,

Meskipun sekalian makhluk mentaati suruhannya,

Namun ia menenggelamkan iradatnya dalam keredaan suaminya yang salih.

Terdidik tabah dan rendah hati,

Sedang bibirnya mentilawah kitab suci,

Ia memutar kisaran gandum di rumahnya

Insaflah sentiasa akan teladanmu, Fatimah

Agar dahanmu akan membuahkan Hussin yang baharu,

Taman sari kita berkembang mekar dengan zaman kencana.

Demikian bait-bait indah yang menggambarkan peranan wanita atau ibu dalam Islam. Syair ini ditulis oleh seorang tokoh sasterawan besar dalam sejarah dunia Islam. Beliau yang dimaksudkan ialah tokoh intelek dan falsafah Islam yang terkenal, ‘Allamah Muhammad Iqbal bin Nur Muhammad bin Rafi.

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

jangan cinta kerana dia lelaki..

kelak kita akan membenci..

jika dia bukan lelaki yang dicari..

hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..

kelak kita akan terseksa..

jika dia tidak sebaik rupanya..

senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..

kelak kita hidup menderita..

jika hartanya habis dibelanja..

sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..

kelak kita menagih janji..

jika rupa berkedut dimamah hari..

hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..

kelak kita akan disisih..

jika kasih luntur bersih..

menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..

kelak kita menahan sendu..

jika rindu tak dapat disatu..

dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..

kelak hidup menjadi ancaman..

jika teman tidak beriman..

dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..

carilah dia kerana tuhan..

untuk menambah ceteknya iman..

bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..

cintailah dia kerana beriman..

dijadikan tuhan sebagai pasangan..

baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..

terimalah dia penuh keihlasan..

andai buruk anggaplah dugaan..

andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..

ingatlah akan janji tuhan..

isteri yang baik besar balasan..

suami penyabar itulah kemenangan..

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Amir^Syakib^Arsalan
Ya...

dan kitalah yang bakal menggembirakan Nabi Muhammad nanti...

percayalah!

"SUMPAH PENDEKAR : BIAR PUTIH TULANG ASAL JANGAN PUTIH MATA ..."
21 years
Zana.
dan... pasti Rasulullah berbangga di akhirat nanti melihat umatnya yang ramai.... Cayalah...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Amir^Syakib^Arsalan
Bercintalah dengan manusia... dan niatkan kerana ALlah...

untuk membiakkan umat Nabi Muhammad SAW

"SUMPAH PENDEKAR : BIAR PUTIH TULANG ASAL JANGAN PUTIH MATA ..."
21 years
Zana.
Mana yang lain nie....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Zana.
jika kita bercinta, niatlah kerana Allah S.W.T. insya-Allah

perhubungan kita akan diredhai dan diberkati seterusnya berkekalan

hingga ke akhirnya. 'Bercinta dengan bunga, bunga akan jadi layu.

Bercinta dengan dunia, dunia akan rosak binasa. Bercinta dengan

manusia, manusia akan mati. Bercinta dengan Allah, itulah yang kekal

abadi'. semoga Allah merahmati segala perhubungan kita di MM yang damai ini. Amin...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
21 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.