Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yang perasan.Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai orang yang memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan nak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yang baru menyidai kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah nak kering.."
Disebabkan ada orang yang terganggu dgn hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?
Buka...
Kadang-kadang sesuatu kebaikan itu bersifat tersembunyi hingga tidak ramai yang perasan.Contoh mudahnya, apabila turun hujan ramai orang yang memberi respons tidak menyenangkan. "Hujan..kacaulah!!" mungkin ini rungutan nak muda yang baru hendak menyarungkan kasut bola. Suri rumah yang baru menyidai kain mungkin berkata.."Hujan lagi!! Bila lah nak kering.."
Disebabkan ada orang yang terganggu dgn hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?
Bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kpd cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai orang mendapat sumber rezeki.Tapi kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?
Pada umum, ramai beranggapan kebaikan itu hanya ada pada kesenangan dan keselesaan, tidak ada kepayahan. Kebaikan juga hanya dirasa ada pada kejayaan. Juga hanya ada pada keselmatan, kecukupan dan kata-kata pujian..
Memang semua itu boleh membawa kebaikan dalam hidup di dunia. tetapi tidak semestinya kesenanagan itu kebaikan dan kesusahan itu keburukan. tidak semestinya kekayaan itu kebaikan dn kemiskinan itu keburukan. atau keselesaan itu kebaikan dan kepayahan itu keburukan. Tidak semestinya juga mendapat kejayaan itu satu kebaikan manakala gagal dalam satu-satu perkara itu satu keburukan.
Sebenarnya hati yang gelap dan dipengaruhi nafsu membuatkan kita melihat banyak kebaikan tapi hanya nampak keburukan padanya. Kita menganggap kegagalan itu satu keburukan. Miskin satu kekurangan. Musibah sebagai malapetaka yang memusnahkan harapan. Sakit pula dianggap sesuatu yang amat menyusahkan.
Jarang kita mahu melihat kebaikan yang mungkin juga ada pada kesengsaraan, kemiskinan, dan keperitan hidup. Kita juga tidak nampak kemungkinan pada kepayahan, kedhaifan, kedudukan yang rendah, kata-kata kejian dan dalam musibah. Lebih-lebih lagi untuk memikirkan bahawa kebaikan mungkin ada pada kegagalan walaupun hakikatnya semua orang mahu berjaya dan tidak mahu gagal.
Malah apa saja yang kita tak suka itu kita anggap sebagai keburukan. apa yang kita suka pula kita anggap sebagai kebaikan.
Misalnya, dapat isteri yang baik tapi tidak cantik dianggap satu kekurangan, bukan satu kebaikan. isteri pula bila bersuamikan lelaki yang baik dan bertanggungjawab tapi miskin dan kolot, tidak mahu mengangap itu satu keuntungan dan kebaikan yang besar. Ini menjadikan seseorang itu tidak tahu bersyukur walaupun allah telah berjaya memberinya kebaikan dalam hidup di dunia.
Allah berfirman yang bernmaksud...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatau padahal ia amat baik bgmu.dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ias amat buruk bg kamu. Allah mengetahui sedang kamu tdk mengetahui.." Al-baqarah:216.
Copy & paste
TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN. TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN.