Assalamu'alaikum wr. wb.
Mengikhlaskan Niat
A'udzubillahi minassyaithanirrajim, Bismillahirrahmanirrahim,
Imam Al-Ghazali pernah mengungkapkan bahawa ramai sekali orang yang mengerjakan amalan akhirat tetapi yang didapatkan hanyalah keduniaan sahaja dan tidak sedikit orang yang melakukan amalan-amalan dunia tetapi pada hakikatnya dia telah mendapatkan akhiratnya.
Ungkapan Imam Al-Ghazali sesungguhnya memperlihatkan terikatnya hasil dari amal perbuatan seseorang terhadap niat yan...
Assalamu'alaikum wr. wb.
Mengikhlaskan Niat
A'udzubillahi minassyaithanirrajim, Bismillahirrahmanirrahim,
Imam Al-Ghazali pernah mengungkapkan bahawa ramai sekali orang yang mengerjakan amalan akhirat tetapi yang didapatkan hanyalah keduniaan sahaja dan tidak sedikit orang yang melakukan amalan-amalan dunia tetapi pada hakikatnya dia telah mendapatkan akhiratnya.
Ungkapan Imam Al-Ghazali sesungguhnya memperlihatkan terikatnya hasil dari amal perbuatan seseorang terhadap niat yang ada didalam kalbunya. Inilah sesungguhnya yang dimaksud oleh sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya amal perbuatan itu (dinilai) hanya dengan niatnya dan sesungguhnya setiap orang hanya memperoleh apa dari yang diniatkannya; barangsiapa yang hijrahnya (diniatkan) kepada Allah dan Rasul-Nya maka (nilai) hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa yang hijrahnya (diniatkan) kepada dunia yang ingin diraihnya atau perempuan yang ingin dinikahinya maka (nilai) hijrahnya adalah kepada apa yang menjadi tujuan hijrah itu"
HR Bukhari, Muslim, abu Dawud, At-Tirmidzi dan Nasa'i
Sementara dalam hadith lain yang diriwayatkan dari Abu Umamah ra, ia berkata: Seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah saw seraya
berkata: Bagaimanakah pendapatmu Yaa Rasulullah tentang seorang yang berperang demi mencari upah dan sebutan, apa yang
diperolehnya?
Rasulullah saw menjawab:
"Ia tidak mendapatkan apa-apa".
Orang itu mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah saw selalu menjawab: "Ia tidak mendapatkan apa-apa".
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah 'azza
wajalla tidak menerima amal perbuatan kecuali yang ikhlas dan dimaksudkan (dengan amal perbuatan itu) keredhaan-Nya"
HR Abu dawud dan Nasa'i
Ibnu 'Atha' juga pernah berkata bahawa sesungguhnya Allah tidak mencintai amal perbuatan yang bersekutu dan hati yang mendua. Amal perbuatan yang bersekutu tidak akan diterima oleh Allah dan begitu juga amal perbuatan yang mendua tidak disambut oleh Nya. Didalam
Al-Qur'an Allah swt berfirman: "Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang sholeh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam
beribadat kepada Rabb-nya".
QS 18:110
Demikianlah pentingnya mengikhlaskan niat dalam setiap amal perbuatannya kita. Amal perbuatan tanpa keikhlasan laksana badan tanpa ruh. Oleh sebab itu Imam Al-Bukhari mengawali himpunan
hadith shahihnya dengan membahas tentang pengikhlasan niat, dan langkah inipun diikuti oleh para penghimpun hadith sesudahnya. Jadi
tidak diragukan lagi bahawa keikhlasan niat itu adalah syarat utama diterimanya sesuatu amal ibadah. Keikhlasan niat seseorang itu tidak dapat dilihat secara fisik tapi hanya dapat diukur oleh masing-masing individu, sejauh mana kejernihan hatinya dalam melaksanakan amal perbuatan tersebut.
Sebagai seorang muslim hendaknyalah segala amal perbuatan kita baik yang bersifat duniawi apalagi yang bertujuan akhirat kita tujukan hanya untuk mengharapkan redhanya Allah Mardhotillah),
sehingga apa saja yang kita perbuat tadi bernilai ibadah dihadapan Allah swt. Imam Al-Ghazali menyatakan keikhlasan niat itu hendaknya
seperti air yang jernih, bersih tanpa setitik noda pun didalamnya.
Memang terkadang agak sulit bagi kita untuk membersihkan niat kita dari hal-hal yang berbau duniawi kerana syaitan yang selalu brgentayangan disekitar kita dengan segala daya upayanya
menggoda untuk mengotori niat ikhlas kita.
Disamping mengukuhkan niat kita didalam hati dalam melakukan suatu amalan, dengan melakukan amalan itu secara istiqamah (terus
menerus) akan insyaAllah akan menjauhi kita dari noda-noda ikhlas pada niat kita, seperti noda ria', sub'ah dan u'jub.
Dengan logika bahawa bagaimana mungkin kegemaran kita dalam melakukan sesuatu amalan (secara istiqamah) tentu akan membersihkan sifat-sifat yang mengotori tadi, kerana diperhatikan
atau tidak diperhatikan orang lain maka ia selalu melakukannya, atau pun secara terang-terangan atau tidak juga akan dilakukannya juga, kerana amalan itu adalah kegemarannya dalam mndekatkan diri kepada Allah.
Semoga Allah swt selalu memberikan kekuatan kepada kita dalam menjaga keikhlasan niat kita dalam melakukan semua amal perbuatan yang tentunya hanya kita peruntukkan bagi Allah swt semata dan demi meraih keredhaanNya.
Walllahu'alam Bisshawab
Wassalam
Zaafarani Zahirul Haq
When you look back on your life
wondering why you chose
not to cross the bridge,
Will you also wonder
what would happen
If you did?
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau
Ceq kagum dgn sesetengah saudara kita ni......sanggup menaip artikel sebegini dgn niat ikhlas utk membangunkan jiwa saudara seagama......
sesungguhnya Allah mengikat hati2 org mukmin dgn cinta kpdNya...InsyaAllah....
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau