Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda
dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai
pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan
pengetahuan:
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika
tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu,
jika dididik dengan
baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan
selalu ber...
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda
dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai
pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan
pengetahuan:
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika
tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu,
jika dididik dengan
baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan
selalu berada dalam
selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu,
jika tidak,
kehidupannya
akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun
begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya ianya akan
mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat besar, menjadi
orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam
pekerjaan ramai yang suka.
Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang sabar,
hatinya keras dan mudah
marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya
lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat
tangannya.
Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran
dalam
mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau
bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan
hasil usahanya, yang
menemui
kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada
padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru
maka dia mudah
mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya
keras dan tidak mahu
mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya
dengan baik agar
terserlah
sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul
didikannya, masa dewasa
ia
akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut mendidiknya
dengan
baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang
baik. Ketika sudah
dewasa,
dia suka bersikap merendah diri dan bersikap
tidak tahu menahu. Ini
agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya
selamat
dan sentosa.
Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa
bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua
orang sayang padanya.
Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya dan mudah mendapat
rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman
yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu
selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka dikalahkan oleh
orang
lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu
ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan
tabiat buruknya itu. Jika
tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras
hatinya, dan dia
selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini,
satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya
bertindak
tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat
hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik
terlalu baik pula. Dia
sering
mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia
sukar mengawal
perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau
sebaliknya. 0leh kerana dia
tidak
dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk
perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana
kurang hati-hati dan
kurang
pertimbangan.
pergi sini utk convert
http://www.hakimquick.com/converter.htm
sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...
nanti nak pi ceq kejap....
kita harus berani cuba.....lepas tu serasikan dgn diri
perjuangan perlukan keberanian...
ader org kata...dlm berani ceq penakut....dlm takut ceq berani....