Segalur Luka Di Hati Ibu
SAYA tidak salahkan Ibu. Ibu ada sebab berkelakuan
begitu.
Ibu sayang anak-anak, khususnya Saya. Kalau ditanya,
siapakah manusia yang paling Saya sayang, tentu
jawapannya Ibu. Malah, jauh berkali-kali ganda
daripada Bapa.
Saya tidak tahu apakah peranan Bapa sehingga Saya
boleh dilahirkan. Bapa keluar pagi dan pulang petang.
Ketika Bapa sampai di rumah, bajunya berpesuk-pesuk
dan lecap dengan peluh.
Bapa suruh Ibu pasangkan kipas sehingga nombor lima.
Sambil bersandar ...
8 comments
Comments (8)
Assalamualaikum wbt..
Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.
Untuk renungan bersama...insyaAllah...
....Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan
semua.........
....di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara,saya dianggap sebagai
seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.
Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami
jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan
makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan
dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga,
mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah
tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga
sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga
saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya.Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur,hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih
dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang
pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada
hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah.
Penat dan letih tidak dapat digambarkan.Apabila sampai di rumah, saya lihat
suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain-main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.
Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti ituj arang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedarsaya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan
usik-mengusik.Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada
malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.
Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya
separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya
sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu
tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama
sekali -
panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke
hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan
pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf d aripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di
tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada
Allah.
Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat sayaberikan sebagai isterinya.
Itulah harapan saya ...semoga Allah perkenankannya.
amin yarabbal'alamin....
waAllahu'alam
wassalam
SEKIAN

22 years
hehehe ini pun orang kasi dekat ainul
Allah itu Maha Agung,Maha Besar,Maha Pencipta...layarilah www.keajaibanalquran.com/ dan renungilah kehebatanNya.

suspen lah ainul ni.....ingatkan kisah benar dr org yg ainul kenal.....
22 years
Ya Allah...ujian nya lebih hebat dr ku....
kelihatan samer tp tak serupa....
ibu tak bersalah...ayah tak bersalah...
cuma kita kalah dlm nafsu serakah....dan ujian yg mendebarkan...
bangkitlah dr ketewasan...pasti ada jalur bahagia di hujungnya.....
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau

emmmm nak kenal saya tu?saya tu tak dapat dikenal pasti le kak ita
Allah itu Maha Agung,Maha Besar,Maha Pencipta...layarilah www.keajaibanalquran.com/ dan renungilah kehebatanNya.
Allah itu Maha Agung,Maha Besar,Maha Pencipta...layarilah www.keajaibanalquran.com/ dan renungilah kehebatanNya.
22 years
Ainul...kak ita nak kenal saya tu boleh?
Kak ita ader cerita nak share ngan dia....
saper dia ainul.....nak kenal buleh...pls.....

Buat yang bernama perempuan
Buat yang bernama gadis sunti
Buat yang bernama jelita
Buat yang bernama wanita.....
Buat yang bernama ibu selepas gelaran di rangkul ......
Ingatlah.. ...tak semudah membelai kasih suami dan anak-anak..
Rasanya mudah lah membelai kasih kawan dan kenalan...
"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.

Betapa seksa ibu membawa
9 bulan 10 hari lamanya
perasaan ibu harus di jaga...
Buat sang suami..
Andai tak sudi lepaskan saja
jangan diseksa sesuka hati
kelak sendiri yang merana....