Hadiah perkahwinan
Pada detik ini
disatukan dalam kasih sayangMu,
sepasang hati anak manusia
sekuntum cinta dan
setangkai tulus,
menapak denai harapan
mencetak sejarah masa depan
Mudah-mudahan
dingin hidayahMu selalu
menyirami jambangan mereka
Biar dalam gelombang pasang,
dan deras ombak
ada saja bayu kasihMu
menghantar bahtera hidup
ke laut teduhMu, Tuhan
Ya Rahman,
Berkati sejambak impian ini
Yang menyatu dan bersimpuh
Di pangkuan redhaMu
**(sempena perkahwinan saha...
22 comments
kalu tak maroon.coklat.....kalu tak coklat purple.....alah...semua kaler lah kita cuker......
tu tanda versatile namanya.....semua dia nak......tu yg tak reti pilih tu.....hik...hik