Cara peroleh keredaan, keberkatan Allah
Susunan Mohd Nazri Mat Zin
PELBAGAI perkara boleh dilakukan oleh umat Islam bagi mendapat keredaan dan keberkatan Allah.
Berikut adalah 50 perkara amalan mukmin sejati siang dan malam.
-
Menyebut nama Allah ketika bangun daripada tidur.
-
Mengutamakan solat Subuh di masjid.
-
Hendaklah pembukaan hari itu dengan berdoa semoga Allah mengurniakan rezeki halal
-
Pohonlah perlindungan Allah daripada azab neraka.
-
Pohon diperkenan Allah...
Cara peroleh keredaan, keberkatan Allah
Susunan Mohd Nazri Mat Zin
PELBAGAI perkara boleh dilakukan oleh umat Islam bagi mendapat keredaan dan keberkatan Allah.
Berikut adalah 50 perkara amalan mukmin sejati siang dan malam.
-
Menyebut nama Allah ketika bangun daripada tidur.
-
Mengutamakan solat Subuh di masjid.
-
Hendaklah pembukaan hari itu dengan berdoa semoga Allah mengurniakan rezeki halal
-
Pohonlah perlindungan Allah daripada azab neraka.
-
Pohon diperkenan Allah akan nikmat syurga.
-
Menjaga dan berusaha menunaikan solat fardu di masjid.
-
Sentiasa melakukan solat sunat rawatib dan sunat lain.
-
Bersembahyang dengan penuh khusyuk tadabbur (memerhatikan bacaan di dalam solat itu)
-
Bertakwa kepada Allah dalam semua aspek kehidupan.
-
Memuji Allah di atas kurniaan nikmat agung (beragama Islam).
-
Memuji Allah di atas kurniaan nikmat pendengaran, penglihatan, akal fikiran dan nikmat lain.
-
Merebut peluang saat tul ijabah (masa yang cukup mudah untuk diterima doa).
-
Beramal dengan kandungan al-Quran yang dibaca atau dihafaz.
-
Beramal dengan kandungan hadis yang dibaca atau dihafaz.
-
Menaruh minat terhadap pembelajaran ilmu agama yang utama dalam membentuk peribadi Muslim sejati dengan menghadiri kelas pengajian agama.
-
Berusaha menghindari semua anggota badan daripada melakukan perkara haram.
-
Membanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad.
-
Menziarahi orang sakit dan sedia membantu mereka.
-
Apabila mereka meninggal dunia iringilah jenazah dan ucaplah takziah kepada keluarga mereka.
-
Mengajak kepada makruf (berbuat baik) dan mencegah kemungkaran (kejahatan).
-
Menasihati saudara seagamanya kerana Allah.
-
Mengutamakan pertolongan kepada saudara seagama dan menunaikan hajatnya apabila diperlukan.
-
Tidak mungkir janji dan benar janjinya.
-
Ikhlas segala amalan yang lahir atau batin kerana merasakan Allah melihat dan memerhatikannya.
-
Berhemat ketika miskin atau kaya, dengan erti kata tidak terlalu boros dan tidak terlalu bakhil harta benda yang dikurniakan oleh Allah kepadanya. –Bersambung
copy and paste
"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.
Kepada ALLAH diri berserah, serta mengharap rahmat melimpah. Qada dan qadar diterima mudah. Serta diucap Alhamdulillah.