Hidup manusia ini bukan ciptaan atau rekaan manusia sendiri tetapi adalah ciptaan Allah S.W.T.. Hidup manusia di dunia ini adalah untuk menerima ujian Allah. Firman Allah S.W.T.: -
"Dialah yang menakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Allah Maha Berkuasa membalas amal kamu, lagi amat pengampun". Al Mulk 2.
Jelaslah hidup dengan berbagai-bagai keadaan, suasana dan coraknya ini adalah u...
Hidup manusia ini bukan ciptaan atau rekaan manusia sendiri tetapi adalah ciptaan Allah S.W.T.. Hidup manusia di dunia ini adalah untuk menerima ujian Allah. Firman Allah S.W.T.: -
"Dialah yang menakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Allah Maha Berkuasa membalas amal kamu, lagi amat pengampun". Al Mulk 2.
Jelaslah hidup dengan berbagai-bagai keadaan, suasana dan coraknya ini adalah ujian Allah. Sama ada susah atau senang, duka atau gembira, kaya atau miskin semuanya merupakan ujian Allah di mana kita tetap kena mengaitkannya dengan ujian Allah. Begitulah juga segala apa yang ada di bumi dan langit, pangkat kedudukan dan sebagainya adalah ujian Allah. Tidak ada siapa boleh berkata ia tidak berada dalam ujian Allah kerana setiap masa sebenarnya kita berada dalam ujian Allah.
Ringkasnya dalam hidup ini; Allah adalah penguji, manusia adalah yang diuji, dunia ini medan ujiannya, usia kita adalah merupakan masa ujiannya dan kandungan hidup ini adalah bahan ujiannya.
Ujian Allah bukan untuk merendahkan martabat manusia tetapi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri sebelum mereka kembali kepada Allah. Kelengkapan fikiran dan tenaga kekuatan telah Allah bekalkan sebelum mereka diuji.
Kalau difikirkan jika hidup ini tiada ujian Allah maka tiada kemanisan hidup. Kegembiraan hanya ujud kerana kita berjaya mengelakkan kegagalan. Kebahagiaan hanya terasa kerana kita berjaya mengelak perkara kedukaan. Keseronokan hanya terasa kerana kita berjaya lari dari kemiskinan.
Sumber : Badan Informasi, Komunikasi dan Teknologi PMUKM
TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN. TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN.
Dalam 5,683,545,626 manusia kat muka bumi nie Engkaulah yang paling istimewa sekali..