"Apakah dosaku kau biarkan aku terlantar sakit begini? Tidak puas aku nikmati zaman manis remajaku! Aku ingin hidup sihat seperti orang lain. Aku rindu untuk hidup berkeluarga, punya isteri, punya anak. Kasihanilah aku, ya Allah!
Allah tak leka dari mendengar rintihan hambaNya. Allah terlalu dekat padamu. Allah hanya menguji kesabaran hambaNya adakah ia redha dengan takdirNya. Adakah ia semakin mendekat atau semakin menjauhkan diri pada penciptaNya.
"Tapi sampai bila? ...
"Apakah dosaku kau biarkan aku terlantar sakit begini? Tidak puas aku nikmati zaman manis remajaku! Aku ingin hidup sihat seperti orang lain. Aku rindu untuk hidup berkeluarga, punya isteri, punya anak. Kasihanilah aku, ya Allah!
Allah tak leka dari mendengar rintihan hambaNya. Allah terlalu dekat padamu. Allah hanya menguji kesabaran hambaNya adakah ia redha dengan takdirNya. Adakah ia semakin mendekat atau semakin menjauhkan diri pada penciptaNya.
"Tapi sampai bila? Lepaskanlah aku dari kesakitan ini. Aku lemah dan tidak berdaya lagi melawan takdirMu, kerana itu aku merayu-rayu dan merintih-rintih padaMu!
Ya, berikhtiarlah dan berdoalah terus dengan merendah diri. Merayulah dan mengadulah segala kesulitan mu pada Dia Yang Maha Mengetahui. Merayulah terus sampai kau terima bahawa apa yang ditentukan Allah itu adalah yang terbaik buatmu.
"Kasihanilah aku, ya Allah, aku berjanji padaMu, sekiranya aku sihat aku akan menjadi hambaMu yang taat!
Manusia memang suka berjanji akan kembali taat bila sudah terhimpit. Dia merintih, merayu-rayu minta di kasihani. Tetapi bila Allah beri dia nikmat sihat dia kembali mungkir, lupa kembali kepada TuhanNya.
Yakinilah bahawa Allah akan menghapuskan dosa dan memberi pahala kepada hambaNya yang sabar dan redha atas penderitaannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih, kita hanya hambaNya yang lemah lagi jahil. Terimalah ketentuan Allah dengan redha sebagai sahutan dari doamu....
(Tiada daya dan upaya ku untuk berkongsi penderitaanmu, hanya doa dan airmata setiap kali munajatku. Mudah-mudahan Allah memberi mu kekuatan dan kesabaran atas ujianNya.)
Kepada ALLAH diri berserah, serta mengharap rahmat melimpah. Qada dan qadar diterima mudah. Serta diucap Alhamdulillah.
Kau kembali ke pangkuanNya....
Apa yg ku dgr.....senyum terukir diwajah mu
terkilan sedikit......tak sempat ku tatap wajah sucimu buat kali terakhir......
segalanya umpama mimpi....namun aku telah bersedia.....kerana ku tahu bilik itu adalah terminal kematian
ku lihat jasad kecil.....saban hari dijemput Ilahi......
aku pasrah dgn kepulangan mu...kerana aku juga tidak tegar lg melihat deritamu....
maafkan aku kerana tidak mampu melaksanakan tanggungjawabku sesempurnanya.....
Dia lebih tahu apa tersirat dihatiku.....
Derita di dunia hanya seketika.....sedangkan bahagia di sana telah menanti
Lalu pulanglah dikau dlm keredhaanNya....
dlm redha ayah bonda.....
serta kami semua........
P/S: Hadir mu seketika.....penyeri hidup ayah bonda serta kami semua......hidup mu tandus kasih.....kerna itu kau dijemput lebih awal.......
Indah sungguh sunnatullah.....pergi mu penyubur nuraniku........
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau