Nur Syaaban: Elak nafsu buruk kuasai diri
MANUSIA dibekalkan hawa nafsu sebagai pendorong melakukan sesuatu. Nafsu terbahagi dua iaitu mendorong manusia melakukan kebaikan atau kejahatan.
Nafsu baik dan buruk saling mempengaruhi fikiran untuk memutuskan apakah yang akan dilakukan.
Fikiran yang dikuasai nafsu baik akan mengambil keputusan melakukan kebaikan dan menolak keburukan.
Justeru, pada bulan yang dilimpahkan keberkatan ini, umat Islam perlu menguasai nafsu daripada melakukan...
Nur Syaaban: Elak nafsu buruk kuasai diri
MANUSIA dibekalkan hawa nafsu sebagai pendorong melakukan sesuatu. Nafsu terbahagi dua iaitu mendorong manusia melakukan kebaikan atau kejahatan.
Nafsu baik dan buruk saling mempengaruhi fikiran untuk memutuskan apakah yang akan dilakukan.
Fikiran yang dikuasai nafsu baik akan mengambil keputusan melakukan kebaikan dan menolak keburukan.
Justeru, pada bulan yang dilimpahkan keberkatan ini, umat Islam perlu menguasai nafsu daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah.
Kekuatan fikiran dalam menimbangkan pengaruh nafsu bergantung kepada keimanan, didikan dan pengetahuan. Fikiran yang sentiasa diasuh dengan keimanan dan mengetahui keburukan akibat sesuatu tindakan, akan menolak segala desakan nafsu jahat. Apabila nafsu baik mengatasi nafsu jahat sepanjang masa, maka terbentuk akhlak mulia dalam diri seseorang.
Penampilan akhlak mulia sebenarnya terpancar dari dalam diri yang dibayangi nur iman sepanjang masa. Justeru, segala perbuatan dirinya hanya menjurus kepada kebaikan.
Menurut Imam al-Ghazali: “Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang menimbulkan segala perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan fikiran dan pertimbangan.â€
Jelas, jika akhlak baik tertanam dalam diri, keseluruhan kehidupan berjalan baik. Sebaliknya, jika nafsu buruk menguasai diri, jalan hidup akan diselubungi amalan dan perbuatan yang boleh memudaratkan diri dan masa depan. Ini kerana lazimnya, nafsu baik tidak mampu mengatasi nafsu buruk.
Kewujudan nafsu baik yang mendorong ke arah kebaikan dan menjauhkan perkara dilarang dipanggil nafsu mutmainnah.
Dalam al-Quran, disebut kelebihan yang Allah berikan kepada manusia yang memiliki nafsu mutmainnah. Pemiliknya dianugerahkan kedudukan tinggi di sisi Allah dan dijanjikan balasan syurga.
Firman Allah bermaksud: “Wahai nafsu mutmainnah, kamu kembali kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai oleh Allah. Masuklah kamu ke dalam hamba-Ku yang beramal soleh, nescaya kamu akan di tempatkan dalam syurga-Ku.†(Surah al-Fajr, ayat 27).
Nafsu jahat terbahagi kepada tiga. Pertama nafsu yang nyata menimbulkan kesan kejahatan seperti membunuh, mencuri dan melakukan kerosakan. Kedua, nafsu yang mendorong manusia melakukan perkara yang mendekatkan atau mukadimah kejahatan seperti berbohong, menipu, menerima rasuah, umpat keji, riak dan sombong. Ketiga, nafsu yang mempengaruhi manusia supaya tidak berminat atau menghalang diri daripada perkara baik seperti malas menolong orang lain, kedekut dan tidak mahu melakukan ibadah.
Nafsu yang mendorong melakukan kejahatan nyata seperti membunuh memang jarang dilakukan kerana kewarasan dan kekuatan fikiran mampu mengatasi kekuatan nafsu jahat itu daripada melakukannya.
Malah, naluri manusia memang sukar untuk menerima keinginan nafsu melakukan pembunuhan.
Namun begitu, manusia sering kali terperangkap untuk melakukan perbuatan di bawah kategori kedua nafsu jahat kerana lazimnya akal yang waras ‘membenarkan’ perlakuan itu dalam keadaan separa sedar atau terpaksa atau demi menyelamatkan diri dari bahaya. Sebagai contoh, perbuatan menipu, menerima rasuah, umpat keji, tidak menunaikan janji, dan tidak adil.
Kesalahan itu sebenarnya termasuk dalam senarai dosa besar.
Contohnya kesan buruk daripada perbuatan mengumpat, begitu besar sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud: “...fitnah itu lebih besar (dahsyat) kesannya daripada melakukan pembunuhan (peperangan).â€
Sebenarnya, Allah memberi peringatan mana-mana kaum yang tidak mampu membendung nafsu jahat daripada menguasai diri, kesudahannya ialah kehancuran dan kemusnahan menimpa mereka.
copy and paste
...
"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.