Siapa yang tidak suka dipuji? Bukan wanita sahaja suka dipuji bahkan juga lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga muda. Namun, hati-hati kerana pujian itu mempunyai bahayanya yang tersendiri. Kata Imam Ghazali, terdapat enam bahaya pujian: iaitu empat pada orang yang memuji dan dua pada orang yang dipuji
BAHAYA PADA ORANG YANG MEMUJI
-
Kemungkinan pujian melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaa.
-
Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukk...
Siapa yang tidak suka dipuji? Bukan wanita sahaja suka dipuji bahkan juga lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga muda. Namun, hati-hati kerana pujian itu mempunyai bahayanya yang tersendiri. Kata Imam Ghazali, terdapat enam bahaya pujian: iaitu empat pada orang yang memuji dan dua pada orang yang dipuji
BAHAYA PADA ORANG YANG MEMUJI
-
Kemungkinan pujian melampau yang akhirnya akan menjadi pendustaa.
-
Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk, memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, yang akhirnya akan menjadi munafik.
-
Kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidiki langsung.
-
Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku.
BAHAYA PADA ORANG YANG DIPUJI
-
Orang yang dipuji akan terus bongkak dan bangga diri sendiri.
-
Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian lantas mengurangkan usahanya untuk membaiki kelemahan diri.
Allah itu Maha Agung,Maha Besar,Maha Pencipta...layarilah www.keajaibanalquran.com/ dan renungilah kehebatanNya.
tapi kalu kene puji je takot nnti lupe diri.. Tak pon saje je dia puji..nak amik ait kite. Pastu ader la bende yg dia nak..org camni pon kite kene paham. Kalu tak..habis kite...
yg layak dipuji Allah sahaja..kite hamba hina yg serba kekurangan
Malam yg malang.. kesorangan melalui lorong yg sunyi.. moga penghujung ade cahaya.