BUKAN MUDAH ! itulah yg sering kita katakan. Kita sering Kali menyatakan PAYAH, namun sewaktu zaman bercinta sakan dulu perkataan keramat 5 huruf itu seakan tak ujud dlm kamus kehidupan .
Pelik, entah apa yg menjadi magnet antara si dia & kita, hinggakan benda yg paling kita tak suka atau, makanan yg kita tak gemar, perkara yg kita tak pernah buat boleh kita lalui dgn mudah.
Kita tak suka menonton wayang, bagi kita buang masa dok dlm gelap, sejuk2 tu, dgn bunyi yg mencairkan g...
BUKAN MUDAH ! itulah yg sering kita katakan. Kita sering Kali menyatakan PAYAH, namun sewaktu zaman bercinta sakan dulu perkataan keramat 5 huruf itu seakan tak ujud dlm kamus kehidupan .
Pelik, entah apa yg menjadi magnet antara si dia & kita, hinggakan benda yg paling kita tak suka atau, makanan yg kita tak gemar, perkara yg kita tak pernah buat boleh kita lalui dgn mudah.
Kita tak suka menonton wayang, bagi kita buang masa dok dlm gelap, sejuk2 tu, dgn bunyi yg mencairkan gegendang telinga serta berjam2, tapi bila dah suka serta cinta punya pasal kita turutkan kemahuan buah hati, kita tak pernah makan makanan Jepun.. ikan mentah! Eiiiyek! Geli… dipujuk sicantik / sitampan agar mencuba … rasa PUAS dapat memenuhi kehendaknya.
Kita tak pernah pun beli hadiah mahal2 ,bila tenguk buah hati kita testenya yg berjenama … kita sanggup beli handbag / kasut CD or Belly, telan RM xxx pun ada yg menjangkau RMxxxx sebagai pemberian. Kononnya tak apalah bukan selalu , hanya utk hari2 istimewanya, walhal pada mak ayah dikampung kita sering mengeluh ‘tak berduit?’ .
Kadangkala ada juga terjadi akhirnya tak sampai cukup bulan duit dah tak ada terpaksa pula menebal muka, pinjam dari kawan atau yg paling tak baiknya, tahan ‘meminta’ bantuan MB dikampung (mak bapaklah) , patutnya kita yg ‘menghulur’ bantuan kpd mereka yg bersusah payah membesarkan kita ni lain pula yg terjadi.
Bukan tak ada situasi diatas… itu kenyataannya. Kita mampu membuat satu PERUBAHAN BESAR , semata2 utk merasa diterima dan menerima. Kita korbankan banyak perkara, kita tak pula rasa PAYAH apalagi TERPAKSA
SOALNYA ; KENAPA?
Kenapa bila telah bersama, beribu duit habis masa nak buat majlis perkahwinan kita yg gilang gemilang itu. Suasana serta kekuatan magnet itu bertahan paling lama tempuh bulan madu (3 –6 bln) selepas itu barulah kita sedar. THE FEAR FACTOR dah muncul.
Sebenarnya. Sewaktu berkenalan kita dlm proses ‘memikat utk mengikat’. Seboleh mungkin kita tahan rasa tidak puas hati, geram dan ‘bengkek’ kita tu. Kalau pun ada yg kita lepaskan kita cuba sedaya upaya berhemah.. ( selembut mungkin), sebab kita tahu, kalau terlebih sangat menegur atau membantah, nanti bergaduh, putus pula hubungan yg terjalin. Jadi kita ‘tahan hati & tahan diri’.
Namun pabila sudah dapat bersama, kita dah boleh tarik nafas lega, dah boleh buat tak indah dan tak kisah sebab dia dah jadi suami / isteri aku. dulu waktu teman datang berkunjung kerumah kita angkatkan air siap dgn lapik cawannya, sekarang dah jadi suami, buat sarapan pun kita tak sempat.
Yg suami pula dulu masa bercinta tolong bukakan pintu kereta, dah jadi isteri ,kita duduk tunggu je dlm kereta, lambat sikit kita hon kuat2 beri signal kita nak lekas dan tak suka caranya yg terhegeh2 tu.
Begitulah, bila masa berlalu, ditambah banyak faktor tekanan sampingan ,(kewangan terutamanya, kerjaya, keluarga, anak, handai taulan dll) kita semakin berubah, bukan jadi semakin mudah tapi perkataan PAYAH dah Muncul dlm kamus hidup dan 5 huruf keramat itu, semakin hari semakin tebal serta berat menghimpit kepala. Tulah nanti yg akhirnya kita lihat bercinta sakan 6-7 thn, kahwinnya cuma 3-4thn atau tak sampai pun setahun.
Benar juga kalau ada yg kata itu sudah takdir, Tuhan dah kata, jodoh kita hanya setakat itu saja. Tapi mengapa kita suka sangat mengambil mudah, kita tak sekali pun mahu mengakui bahawa sebahagia dari yg telah ditakdirkan Ilahi itu adalah hasil dari perbuatan kita selama ini.
Allah SWT tak suruh pun kita berserah bulat2 bertawaqkal semata2 kepadaNya, kita diminta berusaha bersungguh2 dan tak putus asa utk mencari kebaikan serta menjadi yg cemerlang. Mudah sangat bagi kita utk melepaskan diri dgn menganggap itu sudah ‘SURATAN TAKDIR’. Walhal jika dikaji dari berbagai sudut dan melihat jauh kedlm diri kita sendiri, 50% dari faktor penyebab adalah oleh kita dan 50% lagi mungkin juga pasangan kita.
Banyak jalan yg ada agar kita sentiasa merasa bahagia dlm berumah tangga seterusnya melahirkan zuriat yg sempurna akhlak dan pembawakannya. Namun semua itu bukan datang bergolek atau terbang melayang. Mereka yg bersungguh2 ingin mengecapi nikmat bahagia ini harus pula bersedia berkorban… mengorbankan rasa EGO dlm diri serta memahami hakikat sebenar ‘bersuami isteri’.
oleh Nur Jannah
Copy n Paste dr RJ
P/S: Semua ni menarik pada tinta bila tgk kerunsingan kakak yg tak puas hati nge tunang dia...
Tgh bertunang pun dah ribut...bila dah kahwin tak taulah...so byk kan menuntut ilmu dr org berilmu dan pengalaman.....
Sekuat mana hati dan kesabaran.....bila diuji goyah juga.....so be prepared....
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau
first kita kena penuhi keperluan fisiologi....
harta pun perlu gak....tp as alat
ibarat ruh perlukan jasad.....
ruh kena jaga...jasad kena jaga....
hati perlu hiburan.....jasad pun perlu hiburan.....kena seimbang......itu yg perlu adil.....
yer dok?
he..he...cakap jer pandai ceq ni.....
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau