Copy n Paste
Oleh Mawar merah-RJ
Alahamdulilah... Ramai yg Celik Hati...
"Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang paling baik diantaranya. Mereka itulah orang-orang yang diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal." Az-Zumar:18
Awal-awal saya selitkan hadis sebagai pedoman. Semoga tidak ada yang mengambil sesuatu tanpa pertimbangan Akal. Yang baik dari Allah, yang silap dari saya sendiri.
Syukur alhamdulilah bila ramai yang bertanya...
Copy n Paste
Oleh Mawar merah-RJ
Alahamdulilah... Ramai yg Celik Hati...
"Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang paling baik diantaranya. Mereka itulah orang-orang yang diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal." Az-Zumar:18
Awal-awal saya selitkan hadis sebagai pedoman. Semoga tidak ada yang mengambil sesuatu tanpa pertimbangan Akal. Yang baik dari Allah, yang silap dari saya sendiri.
Syukur alhamdulilah bila ramai yang bertanya tentang bagaimana hendak menjadi sukarela di sekolah cacat.
Walaupun anak Melayu ramai seperti yang Alangsu katakan, tetapi bg saya masih ramai dari golongan melayu yang ingin memartabatkan bangsa melayu sebagai bangsa bermaruah.
Memang kalau diikutkan hati, malu sungguh melihat anak-anak Melayu yang berkelakuan sumbang di keliling kota. Orangnya alhamdulilah celik, tapi teraba-raba dikhalayak ramai tanpa segan silu. Pelik sungguh, si celik teraba-raba! (yang sembunyi-sembunyi tu, biarkanlah. Tak kuasa nak dilayan). Bila ditegur "Ish buat aper nih.. teraba-raba sana.. teraba-raba sini..". Dijawabnya "Cinta itu buta kak.. sebab tu kami raba-raba..". Nak marah pun ada, geli hati pun ada. Tapi dik,pesan akak, belajarlah sikit erti malu. Jangan dhoif menilai maruah diri.
Pesan kak Mawar, belajarlah menjaga maruah diri sendiri, maruah bangsa dan agama. Jangan kita jadi hipokrit pada diri sendiri. Rajin-rajinlah kita cermin diri sendiri. Biar selari ilmu, iman dan amalan kita.
Rajin-rajinkanlah melibatkan diri dengan benda-benda yang berfaedah. Perkara-perkara yang tidak ditegah oleh agama. Sesekali apa salahnya kita menyumbangkan tenaga kearah membantu golongan yang memerlukan. Saya tengok jarang benar orang kita yang melibatkan diri dengan kerja-kerja amal. Masalahnya orang kita terlalu mengharapkan "benda free" tapi terlalu kedekut hendak menyumbang.
Sebenarnya sekolah cacat boleh dilawati sama seperti wisma-wisma yatim. Kadang-kadang mereka juga ada menerima sumbangan seperti makanan, pakaian, hadiah dan lain-lain. Jika kita rajin melawat mereka, kita akan diberitahu tentang keperluan "sukarela" di sekolah-sekolah tertentu. Ada yang memerlukan "sukarela" untuk hari-hari khas, ada juga memerlukan guru sambilan(hah yang ini berbayar tau).
Di sekolah cacat, sedikit sebanyak boleh mengajar kita tentang teknik-teknik merawat mereka yang cacat. Mereka yang cacat tu, sebenarnya masih boleh dibaiki, walaupun tidak 100%. Guru-guru di sana, bertungkus-lumus berusaha memperbaiki kepekaan mereka, ke tahap paling maksimum. Saya pasti anda akan menimba pengalaman yang baru.
Seperti saya sekarang, saya boleh berkomunikasi dengan orang bisu(walaupun tidaklah secara meluas). Jadi jangan terkejut jika saya katakan, ada diantara mereka mempunyai daya fikir cukup tinggi. Kadang-kadang, rasa malu pula bila kita yang sempurna dan lebih mudah untuk menimba ilmu tetapi tidak sepintar mereka. Jadi secara tidak langsung, dengan mendampingi mereka, kita akan lebih bijak menghargai panca indera yang kita miliki dan tidak mempersia-siakannya ke jalan yang tidak diredhoi.
P/s: Sungguh indahnya ilmu yg ku kutip dr alam dan lautan......menggambarkan betapa Keagungan dan KebesaranMu Tuhan......
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau
tak cek sebelum hantar.....sori....
sepatutnya
Alhamdulillah.....
Segala puji bagi Allah
tintabiru.....tintamerah.....tintahijau