(Allah telah memberi penghormatan kepada manusia menjadi Khalifah di dunia. Malangnya manusia jarang yang mensyukuri apa yang di beri. Segala nikmat yang ada serba tak kena, ada saja karenahnya),
diri miskin nak jadi kaya, tapi tak mahu usaha ..
di beri kaya, menyombong pula, suka menghina, tak suka menderma ..
dapat rumah kecil, nak banglo pula
tak insaf diri, banglo kuburmu nanti muat badanmu saja
dapat nikmat isteri satu, nak poligami, ikut sunnah katanya
tanggungjawab berat ab...

tanggungjawab berat abang oi!, dah cukup ilmu di dada
kalau betul jalannya tak mengapa
ini anak-anak dan isteri-isteri terbiar, tak takut dosa?
dapat nikmat suami, menderhaka pula, tak cium bau syurga
tahu tak, bidadari di syurga tu menanti, baru pada muka
dapat anugerah anak, di sia-sia, tak beri pelajaran agama
akhirnya tak jadi manusia,
jadi penyangak, penagih dadah, bohsia dan bohjan
menyusahkan dan mengaibkan agama, bangsa dan negara
diancam neraka, aku muda lagi, enjoylah dulu, dah tua taubatlah nanti
dijanjikan syurga, rukun islam dah di laksana tapi hati tak jaga,
ujub, riak, tamak semuanya jadi
Apalah nak jadi kita ni manusia
nikmat diberi serba tak kena, banyak kerenahnya
kesempatan hidup hanya sementara
alangkah baiknya kalau kita berbaik sangka
SYUKUR DAN TAWADUK APA YANG ADA
SYUKUR DAN REDHA APA YANG TIADA
HATI TENANG HIDUP SEJAHTERA
BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT JUGA
(Peringatan buat diriku yang lupa, kematianku semakin hampir tapi amal yang nak dibawa sedikit cuma)
Kepada ALLAH diri berserah, serta mengharap rahmat melimpah. Qada dan qadar diterima mudah. Serta diucap Alhamdulillah.
hehehe .......lagi sodap...
Kepada ALLAH diri berserah, serta mengharap rahmat melimpah. Qada dan qadar diterima mudah. Serta diucap Alhamdulillah.