Hadis: Tidak ‘merdeka’ hidup berhutang
RASULULLAH bersabda maksudnya : “Barang siapa meminjam harta orang dengan tujuan mengembalikannya, nescaya Allah lunaskan daripadanya (yakni Allah akan mengurniakan nikmat hingga dapat membayarnya), tetapi barang siapa meminjam atau berhutang untuk tujuan membinasakannya (tidak mahu bayar hutang), nescaya Allah binasakan dia."
Hutang ada dua kategori seperti sabda Baginda bermaksud: "Barang siapa meninggal dunia, tetapi ...
Hadis: Tidak ‘merdeka’ hidup berhutang
RASULULLAH bersabda maksudnya : “Barang siapa meminjam harta orang dengan tujuan mengembalikannya, nescaya Allah lunaskan daripadanya (yakni Allah akan mengurniakan nikmat hingga dapat membayarnya), tetapi barang siapa meminjam atau berhutang untuk tujuan membinasakannya (tidak mahu bayar hutang), nescaya Allah binasakan dia."
Hutang ada dua kategori seperti sabda Baginda bermaksud: "Barang siapa meninggal dunia, tetapi dia berniat membayar hutang, maka akulah (Rasulullah) menjadi walinya. Barang siapa mati dan tidak berniat membayar hutang, maka itulah yang diambil daripadanya kebaikan (sebagai pembayar hutangnya di akhirat)."
Berhutang terutama keterlaluan membawa bencana. Rasulullah berpesan supaya mengelakkan diri daripada suka berhutang. Ini sesuai dengan sabda baginda yang bermaksud: “Hindari perbuatan dosa dan noda supaya mudah menghadapi mati dan kurangi berhutang supaya engkau hidup merdeka (tidak terkongkong).â€
Islam juga melarang seseorang menagih hutang dengan kasar seperti sabda Rasulullah: “Tuhan mengasihi seseorang yang baik menjual, baik membeli dan baik menagih hutang.â€
Allah berfirman bermaksud: “Jika seseorang yang berhutang sedang dalam kesukaran (membayar hutang), tangguhkanlah hutangnya sampai dia boleh membayar, tetapi jika kamu menghalalkannya, dia lebih baik, jika kamu mengerti.†(Surah al-Baqarah, ayat 280)
"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.
yea la tu asis...
skali along bawak raksasa...baru tahu langit tu tinggi ke rendah...
Sesungguhnya dengan hanya mengingati Allah hati akan menjadi tenang....