Kelebihan menghormati jemaah, datang awal solat Jumaat
MASJID adalah rumah Allah yang turut menjadi tempat turunnya rahmat, sakinah dan ketenangan. Ketenangan dan keheningan adalah hak asasi masjid, khususnya pada Jumaat. Pada masa itu, umat Islam berkumpul bersama menunaikan solat Jumaat, bukti keutuhan dan kesatuan umat.
Pada saat ini, kita tidak berkata sepatah pun, terutama ketika khatib berkhutbah. Hanya bertafakur, berzikir menyebut nama Allah dan mendengar serta menghayati khutb...
Kelebihan menghormati jemaah, datang awal solat Jumaat
MASJID adalah rumah Allah yang turut menjadi tempat turunnya rahmat, sakinah dan ketenangan. Ketenangan dan keheningan adalah hak asasi masjid, khususnya pada Jumaat. Pada masa itu, umat Islam berkumpul bersama menunaikan solat Jumaat, bukti keutuhan dan kesatuan umat.
Pada saat ini, kita tidak berkata sepatah pun, terutama ketika khatib berkhutbah. Hanya bertafakur, berzikir menyebut nama Allah dan mendengar serta menghayati khutbah yang disampaikan.
Kita perlu bersama menginsafi dan menyedari bahawa rumah Allah itu menerima tetamu Allah yang sedang berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran dan hak mereka perlu dihormati.
Mereka juga tidak harus diganggu sama ada berjalan dan melintasi hadapannya. Lebih-lebih lagi melangkah bahu mereka untuk mengambil tempat atau memenuhi ruang kosong di hadapan. Perlakuan seperti itu sama sekali tidak berakhlak dan melanggar ketertiban dan kesopanan di masjid.
Bahkan kita diwajibkan menjaga tatatertib masjid bermula daripada memasuki masjid dan menghormati jemaah yang sudah ramai berada di tempat mereka.
Perlakuan melangkahi bahu jemaah biasanya berlaku pada waktu sembahyang Jumaat oleh mereka yang datang lewat tetapi hendak memenuhi ruang kosong di hadapan. Sikap dan perbuatan orang yang datang lambat ini, iaitu ketika khatib sedang berkhutbah, akan menyakiti hati jemaah yang dilangkah.
Imam Ahmad meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Seseorang lelaki memasuki masjid untuk bersembahyang Jumaat dengan melangkahi bahu jemaah ketika Rasulullah sedang menyampaikan khutbah. Baginda lalu mengarahkan lelaki itu supaya duduk, sambil berkata: Sesungguhnya kamu sudah mengganggu dan menyakiti orang lain.â€
Dalam hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melangkahi bahu orang lain pada waktu Jumaat, ia dijadikan jambatan ke neraka.â€
Berjalan atau melintasi di hadapan saf orang yang sedang sembahyang hukumnya haram. Ini dijelaskan dalam hadis daripada Juhaimun bin Al-Harith dengan Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Andainya seseorang itu mengetahui betapa dosa yang akan ditanggungnya kerana melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang, tentulah lebih baik dia menunggu salam (sehingga) empat puluh tahun, daripada melintasinya."
Berdasarkan hadis di atas menunjukkan melintasi saf orang yang sedang sembahyang sama ada fardu atau sunat adalah larangan keras terhadap jemaah.
Arahan bersegera ke masjid pada Jumaat bertujuan mendapatkan keistimewaan dan kelebihan pahala datang awal, khususnya yang diperuntukkan pada saf pertama atau hadapan.
Hal ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah, yang bermaksud: “Sekiranya kamu mengetahui tentang kelebihan dan istimewanya pada saf hadapan, maka terpaksa diadakan undian.â€
"Boleh jd kamu membenci sesuatu pdhal ia amat baik bgmu dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu pdhal ia amat buruk bg kamu.
Ya Allah,adakah aku ini hamba-MU yang layak untuk merindui syurgaMu.Tak t'daya rasanya menuju ke situ lantaran godaan syaitan & hawa nafsu.