Zindagi Ekk Safar
Zindagi Ekk Safar
23 years
1743 views

Dosa umpat hanya boleh diampun oleh mangsa

[salam

"MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan

seseorang kepada orang lain. Perbuatan itu mungkin menyebabkan kesusahan,

kerugian, perasaan malu dan mendapat nama buruk akibat cerita itu.

Rasulullah saw menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabda bermaksud:

"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan

sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu terma...

7 comments
Share this post

Comments (7)
pokcik Zor
INI SEDIKIT PANDUAN MENGENAI GHIBAH @ MENGUMPAT

Ghibah yang diperbolehkan

Hukum ghibah adalah haram. Ini adalah hukum asal. Atas alasan-alasan syarak ia diperbolehkan. Apakah alasan syarak itu. Iaitu mahu mencapai satu-satu tujuan yang benar menurut pertimbangan syarak, di mana jika tidak melalui cara itu tujuan itu tak mungkin akan tercapai. Walaubagaimanapun, jika ada cara lain seboleh-bolehnya gunakan cara berkenaan. Elakkan ghibah.

Dalam masalah yang di hadapi, jika ingin:

Membela diri. Adalah dibenarkan jika:

a) atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak

b) Jika tiada jalan lain melainkan dengan membuka aib orang lain.

Contohnya, saudara telah dituduh mencuri, sedangkan saudara tahu siapa yang mencuri. Saudara terpaksa mempertahankan diri dengan berkata benar. Ini biasa berlaku di mahkamah. Mahkamah terpaksa membuka aib mereka yang terbabit untuk tujuan yang dibenarkan oleh syarak, iaitu membuktikan benar atau salahnya orang yang dituduh (mencari penjenayah).

Di bawah ini saya senaraikan enam tempat yang dibenarkan ghibah. Saudara boleh timbangkan dengan masalah yang saudara hadapi:

Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

Kedua: Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan saudara membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat). Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. "Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?"

Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat agamanya. Jika memadai dengan kata 'JANGAN', hendaklah saudara mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.

Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..

Dalil:

Firman Allah Taala:

"Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya..." (al-Nisaa', ayat 148)

Hadis:

"Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi s.a.w. (masuk ke rumah). Lalu nabi s.a.w. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya." (riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis:

"Aisyah r.a. berkata: Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada nabi s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepada ku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi s.a.w. menjawab: Ambillah secukupmu dan ank-anakmu dengan sederhana." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis:

"Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. ada menceritakan keburukkan orang lain untuk mencapai maksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.

Wallahu'alam..

Rujukan:

Untuk mengetahui lebih lanjut dan terprinci lagi mengenai ghibah sila rujuk al-Ihya' Ulumuddin - al-Ghazali & al-Azkar - Imam al-Nawawi. Untuk mereka yang tidak dapat membaca kitab asalnya yang berbahasa Arab, bolehlah dapatkan terjemahan kedua-duanya.
23 years
pakusu
mengumpat og dah meninggal cam nie Zen..

"Jangan melengah-lengahkan dalam tiga perkara, Solat, pengkebumian ,berkahwin (bujang)...Ali r.a..meriwayatkan
23 years
FAY
TAK PAYAHLAH BERI HURAIAN YANG TERLALU PANJANG SEBAGAI ORANG ISLAM SEHARUSNYA SEMUA ORANG MENGETAHUINYA AKAN DOSA DAN PAHALA.....
23 years
Adi
Kata ustaz....ada perbezaan antara orang bijak, pandai dan orang bodoh.

Orang bijak : Membicarakan isu baru yg ada kaitan dgn kemajuan fizikal dan rohani.

Orang pandai : Mempersoalkan peristiwa semasa untuk dapatkan kebaikan.

Orang bodoh : Mengumpat dan bercerita keburukan orang lain... Tak gitu ustaz??
23 years
Mami Ros
.. ..... ....

"Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri -- "
23 years
nurul afnani
....good evening

rendahkanlah hati bak mutiara di dasar lautan,tinggikanlah budi ibarat bintang di langit biru
23 years
ira
tima kacih 4 this reminder...

sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...
23 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.