, dah lama wak tak join kengkawan. So, wak ada sesuatu untuk dikongsi bersama untuk renungan..
Khutbah Nabi SAW ini telah disampaikan pada 9 Zulhijah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
"Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah akau dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata2 ini dan sampaikanlah ia kepada orang2 yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepe...
, dah lama wak tak join kengkawan. So, wak ada sesuatu untuk dikongsi bersama untuk renungan..
Khutbah Nabi SAW ini telah disampaikan pada 9 Zulhijah tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
"Wahai manusia, dengarlah baik2 apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah akau dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata2 ini dan sampaikanlah ia kepada orang2 yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan lota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitaungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara2 besar, maka berjaga2lah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 kacil. Wahai manusia sebagaimana kamu mampunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamumaka mereka juga berhak untuk duberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
"Layanilah wanita2 kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka mereka sama sekali tidak memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh kata2ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah dibulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali2 kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
"Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata2ku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2nya, nescaya kamu tidak akan sesat selama2nya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
"Hendaklah orang2 yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata2ku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalahmu kepada hamba2mu........
Waullahualam..
~ wahai tuhan sesungguhnya ku tak layak ke syurgamu........ ~