Sila perhatikan kronologi langkah-langkah yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno MELELONG orang Melayu:
- 9-Jun-1999: PEMIMPIN BUKAN MELAYU BOLEH JADI PERDANA MENTERI
KUALA LUMPUR 9 Jun - Perlembagaan Malaysia membenarkan pemimpin kaum bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Mohamed Zahir Ismail.
(Utusan 10-Jun-1999)
- 17-Jun-2000: BUKAN MELAYU BOLEH JADI PERDANA MENTERI.
Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja dan mereka dari apa jua keturu...
Sila perhatikan kronologi langkah-langkah yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno MELELONG orang Melayu:
- 9-Jun-1999: PEMIMPIN BUKAN MELAYU BOLEH JADI PERDANA MENTERI
KUALA LUMPUR 9 Jun - Perlembagaan Malaysia membenarkan pemimpin kaum bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Mohamed Zahir Ismail.
(Utusan 10-Jun-1999)
- 17-Jun-2000: BUKAN MELAYU BOLEH JADI PERDANA MENTERI.
Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja dan mereka dari apa jua keturunan termasuk bumiputera bukan Melayu berhak menjadi Perdana Menteri, yang tidak semestinya disandang oleh keturunan Melayu sahaja.
Malah, Perlembagaan Malaysia, jelas beliau, tidak ada menyebut mengenai keturunan bagi melayakkan seseorang itu menjadi Perdana Menteri.
Beliau berkata, proses ke arah merealisasikan perkara tersebut sudahpun berjalan dan jika semua pihak sensitif terhadap cita rasa rakyat negara ini, soal kaum dan keturunan tidak lagi akan menghalang sesiapa sahaja daripada memegang apa-apa jawatan.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-47 di sini yang kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh ahli-ahli parti itu.
(Utusan 18-Jun-2000)
- 20-Mei-2001: PM MEMBERI KELONGGARAN KAUM CINA SABAH UNTUK MENYERTAI UMNO
KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) – Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata kelonggaran yang diberi kepada kaum Cina Sabah untuk menyertai Umno di negeri itu, tidak akan menjejaskan keanggotaan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
- 7-Julai-2001: MAHATHIR BERCADANG UNTUK MEMBENTUK HANYA SATU PARTI TUNGGAL IAITU BN
KUALA LUMPUR 7 Julai - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yakin usaha Barisan Nasional (BN) untuk membentuk bangsa Malaysia di bawah satu parti mewakili pelbagai kaum akan tercapai walaupun ia akan memakan masa yang panjang.
"Saya yakin lama kelamaan BN akan menjadi satu parti dan bukan lagi satu parti campuran," katanya pada ucaptama di Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
(Utusan 8-Jul-2001)
- 8-Julai-2001: KERAJAAN BENARKAN MASYARAKAT CINA MENUBUHKAN SEBUAH UNIVERSITI SWASTA
IPOH 8 Julai - Masyarakat Cina negara ini akan dapat merealisasikan impian mereka menubuh sebuah universiti swasta apabila Kementerian Pendidikan membuat tawaran rasmi kepada MCA berhubung penubuhan itu.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berkata, MCA telah ditawarkan menubuh universiti itu dan akan menamakannya Universiti Tunku Abdul Rahman.
(Utusan 8-Jul-2001)
- 27-Julai-2001: MAHATHIR BERCADANG MENGHAPUSKAN SISTEM KUOTA DAN MENGAMALKAN MERITOKRASI PENDIDDIKAN
Julai 27 (Bernama) – Presiden Umno Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa tindakan radikal akan diambil bagi menyelamatkan pelajar Melayu daripada terus tercicir. Tindakan itu termasuk mengurangkan tempat pelajar bumiputra di institusi pengajian tinggi awam selain mengurangkan bantuan kerajaan kepada mereka, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibupejabat parti di sini.
- 3-Ogos-2001: SARANAN MERITOKRASI UNTUK DIPERLUASKAN DALAM SEMUA AKTIVITI LAIN
KUANTAN, 3 Ogos (Bernama) -- Konsep meritokrasi untuk orang Melayu perlu diaplikasikan dalam semua aktiviti yang dijalankan, termasuk perniagaan, supaya kelayakan yang diperolehi itu diasaskan kepada kekuatan individu itu sendiri, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz.
- 2-Jan-2002: 100 REMAJA SIAM SERTAI UMNO
ARAU, Selasa - Seramai 100 remaja keturunan Siam dari Kampung Padang Petani, Jejawi, dekat sini menyertai Umno.
Mereka yang berusia di antara 19 dan 22 tahun adalah kumpulan pertama remaja keturunan Siam di negeri ini yang menyertai parti berkenaan menerusi Puteri Umno Perlis.
- 31-Mei-2002: MATRIKULASI UNTUK SEMUA KAUM – KABINET PERUNTUKKAN KUOTA 10 PERATUS BAGI BUKAN BUMIPUTERA
KUALA LUMPUR 30 Mei - Kabinet memutuskan untuk membuka Program Matrikulasi kepada pelajar bukan bumiputera dengan memperuntukkan kuota sebanyak 10 peratus untuk mereka, mulai tahun depan.
- 1-Jun-2002: MRSM JUGA UNTUK SEMUA KAUM – PERUBAHAN DASAR KERAJAAN TIDAK JEJASKAN PELUANG PELAJAR BUMIPUTERA
KUALA LUMPUR 31 Mei - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara juga akan dibuka kepada semua kaum mulai tahun depan dengan peruntukan kuota sebanyak 10 peratus.
saya yang membuat ulasan, karam sigh walia untuk tv3 terima kasihhhhhh.....
HaRi Ini EsOk dAn SeLaMaNyA.....