Peristiwa yang aku ingin ceritakan ini benar-benar berlaku pada diri ku pada malam lailatul kadar 27 Ramadhan 1421 iaitu tahun lepas. Ianya berlaku semasa aku dalam perjalanan balik untuk berhari raya dari Kuala Lumpur ke Dungun.
Aku memandu keseorangan diri . Kereta wira yang baru ku beli dua bulan lalu meluncur laju tanpa masalah. Tiba di Tasik Paya Bunga tidak jauh dari bandar Kuantan, aku singgah disebuah kedai makan untuk melepaskan kepenatan memandu seorang diri.
Sedang enak menghi...
Peristiwa yang aku ingin ceritakan ini benar-benar berlaku pada diri ku pada malam lailatul kadar 27 Ramadhan 1421 iaitu tahun lepas. Ianya berlaku semasa aku dalam perjalanan balik untuk berhari raya dari Kuala Lumpur ke Dungun.
Aku memandu keseorangan diri . Kereta wira yang baru ku beli dua bulan lalu meluncur laju tanpa masalah. Tiba di Tasik Paya Bunga tidak jauh dari bandar Kuantan, aku singgah disebuah kedai makan untuk melepaskan kepenatan memandu seorang diri.
Sedang enak menghirup kopi panas dan satar yang baru dibakar, datang seorang tua berserban dan berpakaian agak compang camping tetapi kelihatan bersih sambil ditangan kirinya memegang tasbih lalu menegur ku,
â€Cucu ni nak kemana ?â€
“Dungun…†jawab ku ringkas.
Orang tua itu bertanya lagi, “Boleh tak Tok Aki tumpang sampai ke Kijal?†Sambil tersenyum aku menjawab,â€Ehmm….boleh, apa salahnya. Lagi pun saya memandu seorang je, Ada jugak kawan untuk bersembang.â€
Lantas orang tua itu masuk dan duduk didalam kereta aku macam dia tahu-tahu je yang mana satu kereta aku.
Dalam hati aku berkata-kata,†Siapa pulak orang tua ni, orang ke atau…… aah! takan kut?†Sambil meneruskan perjalanan.
Untuk memecah kesunyian, aku bertanya Tok Aki tu dimana dia tinggal. Katanya dia tinggal di Kampung Binjai, Kijal.
“Mona Fandey..!!! wajah Mona Fendy terbayang di benak fikiran ku. Mereka pernah menetap dikampung berkenann.
“Mona Fandey tu…Aki kenal sangat. Dekat kampung Aki tu lah, dia mengembumikan mayat sepasang suami isteri bangsa cina berserta anak-anaknya†tiba-tiba Tok Aki untuk mencelah bagai tahu apa yang tergambar difikiran ku, sambil tangannya ku perhatikan tidak habis-habis membilang buah tasbih sejak dari mula lagi.
Tidak jauh daripada Bandar Kijal, Tok Aki tadi bertanya, “ Cucu nak Kaya tak?†Hati ku tersentak setika dan berkata didalam hati, “ Betullah apa yang aku sangkakan sebelum ini. Dia nak bagi aku kaya pulak, Mungkin dia ni wali Allah pada malam lailatul kadar seperti yang sering diceritakan.â€
Terus aku menjawab,â€Tak apalah Tok, hidup sederhana macam sekarang pun dah cukup. Kalau kaya nanti takut lupa diri pulak.â€
Tok aki tidak bertanya lagi. Dalam hati aku berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik, takut-takut iannya satu ujian daripada wali Allah, maklumlah sekarang ni tengah malam lallatul kadar.
Kemudian Tok Aki itu bertanya lagi’â€Cucu nak kaya tak?.
Lalu aku memberi jawapan yang serupa,â€Tak apalah tok, saya lebih senang hidup macam ni.â€
Sebaik sahaja sampai di Bandar Kijal , tok aki minta diturunkan di sebuah masjid lama, lalu berkata, “Ni hah, Tok Aki tinggalkan kam satu tin KAYA CAP YEO’S untuk cucu sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan Tok Aki, terima kasih ye cu!†lalu tuk aki turun dari kereta.
Aku tersipu-sipu lalu menjawab,â€Terima kasih Tok†sambil meneruskan perjalanan.
Ada atau tidaknya aku di sini serupa saja...
Kumencari ku menanti
Penawar gusar hati
Agar bisa ku berlari
Mengejar realiti ('_')