Cili Api: Sudahkah Mahathir Bersyukur?
Sekejap tadi Cili Api tengok petikan ucapan Dr. M @ Cek Det di Pendang yang disiarkan oleh TV. Cek Det berkata, tidak cukup kita bersyukur kepada Tuhan sahaja. Kita mesti juga berterima kasih kepada kerajaan. Cara berterima kasih ialah dengan mengundi calon-calon UMNO.
Wah, wah, wah. Cek Det ini mudah lupa. Bukankah segala pembangunan dalam negara dilakukan dengan wang rakyat. Wang rakyat dikutip dari bermacam-macam cukai serta bayaran. Wang ra...
Cili Api: Sudahkah Mahathir Bersyukur?
Sekejap tadi Cili Api tengok petikan ucapan Dr. M @ Cek Det di Pendang yang disiarkan oleh TV. Cek Det berkata, tidak cukup kita bersyukur kepada Tuhan sahaja. Kita mesti juga berterima kasih kepada kerajaan. Cara berterima kasih ialah dengan mengundi calon-calon UMNO.
Wah, wah, wah. Cek Det ini mudah lupa. Bukankah segala pembangunan dalam negara dilakukan dengan wang rakyat. Wang rakyat dikutip dari bermacam-macam cukai serta bayaran. Wang rakyat juga dalam bentuk segala kekayaan negara yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk digunakan bagi kebajikan rakyat.
Cek Det patut diingatkan segala pembangunan itu bukannya dibayar dengan wang dari kocek segala pemimpin serta perompak UMNO-BN yang menguasai negara ini. Cek Det patut diingatkan juga lagi bahawa apa yang masuk kocek perompak-perompak besar di kalangan pemimpin UMNO-BN dan kroni-kroni besar mereka jauh melebihi apa yang digunakan untuk kebajikan rakyat.
Inikah cara mereka berterima kasih kepada rakyat? Dengan merompak kekayaan negara dan membolot untuk diri sendiri dan keluarga?
Cili Api hendak bertanya: Berapa kali Cek Det sudah berterima kasih kepada rakyat kerana boleh hidup sebagai raja dalam Mahligai di Puterajaya? Bukankah mahligai itu dibina dengan wang rakyat? (Berapa kali sudah Cek Det bersyukur kepada Allah kerana mahligai kediamannya beribu-ribu kali lebih indah dan mewah daripada pondok buruk ribuan rakyat kampung yang masih belum berubah nasib mereka di Kubang Pasu
"Freedom Thats Gone"
"Freedom Thats Gone"