kelkatu
kelkatu
23 years
1422 views

apa maknanyaa...??

"Budi merangkak,akal menjalani,ikhtiar memilih,untung menyudahi"

"jangan hidup sprt kiambang..menjulang ke atas tidak ada kekuatan ke bawah"

"binatang tahan dipalu..manusia tahan dikias,terlalu arif badan binasa..dan kurang arif badan celaka.."

cam...susah aja nak paham..

12 comments
Share this post

Comments (12)
Mami Ros
ok c.u 2... bye..

"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
23 years
 kelkatu
benar tuh kak ros...kalau ada pun..tdk mahu diketengahkan ...kita mmg kaya bahsa dan adab..kalau idak..masakan ada prosa klasik dan moden..hebat gitu..cuma ramai yg berminat hanya utk kertas "spm" aja...

kak..rana permisi dulu..ada rezeki jumpa lagik..la ni..dah jadi chipsmore plak..jarang2 dan kadang2..c u kak ros..
23 years
Mami Ros
wah.... ada rahsia disebalik kiasan...

bagus.. kerana masih ada yang minat pada bahasa ibunda.. lebih lebih lagi dalam tikaman bahasa nie... kita mudah lupa... basically... bahasa ibunda punya kredibiliti yang ... cuma tiada ramai yang minat menjadi cendiakawan...

"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
23 years
 kelkatu
yup..straight 2 the point..rana pun gitu jugaa..nampak benar malah nak pk..tapi bila dah terdesak..kelam kabut cari jawapan hehe..

kiasan wujud krn adanya peristiwa..rana nak letak kata2 nih dlm satu artikel kawan rana..dia minat menulis...koman2 garapan satu tulisan tu ada kelainan sedikit...
23 years
Mami Ros
itulah istemewanya bahasa kiasan orang dulu dulu...

kekadang tu simple aje.. tapi susah nak explain...

tapi .. kalau di pikiaq balik... ada muslihat disebalik kiasan tu...

Namun dizaman ini... kita jarang dengar orang bercakap pakai bahasa kiasan... bahasa kasar tu aderlah...

kak ros nie bukan pandai.. ada kalanya kasar ada kalanya lembut... bergantung pada keadaan...

apapun.. kak ros ingin juga mengucapkan terima kasih pada rana kerana mengeluarkan bahasa kiasan nie.. ter motivated sikit brain nie.. hehehe...

"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
23 years
 kelkatu
ahaks..cam bincang2 ngan kaunselor lak ari nih..10Q kaunselor MM..bila pikir2 mmg ada benarnya juga..kak ros kalau tak bagi contoh..rana takkan faham..

lamaa sudahh rana cari jawapan...susahh bahsa kiasann ni..heheh..
23 years
Mami Ros
Entahlah... mungkin ada mungkin tidak... terpulang cara kita menilainya...

tapi pasti ada kaitannye....

ibarat kiambang.... terampung ditasik... daun dan batang diatas air sementara akar dibawah air... terombang ambing bila di sentuh...

Yang pasti dalam hidup mesti ada wawasan.. samaada dia besar atau segelumit...pasti ada...yang cendiakawan dan yang bukan ilmuan.... memasang wawasan masing masing...

Dalam apa juga perlakuan kita ... mesti ada sempadan ... sempadannya adalah akal fikiran kita... bertindak biar bertempat... memang bergadai nyawa jadi taruhan .. tapi apa kesudahannya...

yang pasti.... hidup ini harus diteruskan mengikuti

rentak yang di susan atur....

adehhh...penat nak explain... jadi explainator lak petang nie.. ...

"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
23 years
 kelkatu
erm..best....

10Q kak..
23 years
Mami Ros
Jika semangat kita kendur... segala usaha tidak akan berhasil...

orang dulu dulu memberi nasihat secara kiasan..

"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
23 years
Mami Ros
kaitannya dengan yang pertama...

hanya tekaan sahaja....

sebenarnya kita diajar supaya berbudi pada yang bertempat sambil berfikir apa yang patut dibuat pada tempat berbudi tu , kita harus mencari ikhtiar agar tempat itu dapat mendatangkan hasil ...

umpamanya berbudi pada tanah ..bercucuk tanam, membelai tumbuh tumbuhan sehingga dapat hasilnya selepas dijual akan tanamannya...



minta disita .. jika tersalah tafsir....



"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"
23 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.