**Sesak dada baca citer ni.....
Subject: harga sebuah kereta..... (kisah sedih)
Khusus untuk ibu-bapa, beristighfarlah banyak-banyak kali kalau
tengah
marah. Pukul anak jangan lah sampai mencacatkan Sesal dulu pendapatan
sesal kemudian tak berguna!!
Baru baru ini surau di tempat saya telah mengadakan ceramah umum
sempena
menyambut Maulid Rasul SAW. Antara kisah yang menarik yang telah
sampaikan
oleh penceramah undangan ter...
**Sesak dada baca citer ni.....
Subject: harga sebuah kereta..... (kisah sedih)
Khusus untuk ibu-bapa, beristighfarlah banyak-banyak kali kalau
tengah
marah. Pukul anak jangan lah sampai mencacatkan Sesal dulu pendapatan
sesal kemudian tak berguna!!
Baru baru ini surau di tempat saya telah mengadakan ceramah umum
sempena
menyambut Maulid Rasul SAW. Antara kisah yang menarik yang telah
sampaikan
oleh penceramah undangan tersebut ialah satu kejadian yangberlaku di
utara
semenanjung dimana tinggalnya sepasang suami isteri beserta seorang
anak
lelaki baru berumur + - 3 tahun yang petah bercakap dan tengah nakal,
juga
seorang pembantu rumah.
Menjadi kelaziman keluarga di Malaysia ini anak ditinggalkan dengan
pembantu rumah sewaktu keluar bekerja. Ketika sipembantu rumah ini
sedang sibuk dengan kerja harian membasuh dan memasak, anak yang
tengah
lasak dan nakal ini bermain seorang diri diluar rumah. Ditakdirkan
anak ini
terjumpa dengan sebilah paku yang berkarat. Almaklumlah oleh kerana
budak
tengah nakal yang suka menconteng dan melorek apa saja maka
dijadikanya
kereta abahnya sebagai papan hitam/buku. Suami isteri tersebut tidak
memandu kepejabat hanya naik m/sikal sahaja maklumlah nak jimat
belanja.
Si anak tadi telah menconteng, malah apa saja pada seluruh badan
kereta
ayahnya yang berkilat sebab baru di polish. Habislah kereta tersebut
dengan
segala macam kreatif anak nakal.Kejadian ini tidak disedari oleh
pembantu
rumah. Baliknya si ayah dari pejabat maka terkejut besar separuh mati
nasib
baik tak mati sebab lemah jantung melihatkan kereta kesayangan jadi
sedemikian rupa. Hilang penat terus menerkam kepada pembantu rumah
yang
terpinga pinga dan ketakutan sebab melihat muka tuan yang marah merah
macam
ketam dibakar. Siapa punya kerja ini tanya beliau dengan keras,
Sianak yang ingin bermanja menjawab dengan jujur itu adalah kerjanya.
Si
ayah yang tengah panas baran itu terus mencapai rotan dan memukul
tangan
sianak bertubi tubi kali tampa belas kasihan dan menghiraukan jerit
lolong
anak manja tersebut. Sudah terasa puas barulah ia berhenti tapi
disambung
pula olih si ibu yang geram dengan perangai anak tersebut memukul
dengan
rotan ditempat yang sama sebagaimana suaminya tadi.
Si ibu hanya berhenti setelah melihatkan anak tersebut berhenti
menangis
dan jatuh pengsan. Pembantu rumah hanya terlopong melihatkan
peristiwa
tersebut disamping rasa terkejut dan rasa takut. Ayah dan ibu anak
tersebut
dengan rasa benci dan marah membiarkan anaknya tidur dengan orang
gaji
tanpa menghirau kannya yang menangis selama tiga hari berturut siang
malam
menanggung sakit.
Pembantu rumah tersebut olih kerana sudah tidak tertahan lagi
melihatkan
azab sianak yang menangis tidak henti henti serta menangung kesakitan
yang
teramat sangat lalu merayu kepada majikanya agar membawa anak
tersebut
berjumpa doktor.
Oleh kerana siayah mengalami gangguan untuk tidur maka ianya bersetuju
membawa ke klinik, diklinik doktor arah rujuk kepada hospital pakar.
Setelah diperiksa dan xray, tidak ada apa yang boleh ditolong lagi
melainkan
potong sahaja tangan anak tersebut untuk mengelakkan dari merebak
kebahagian
atas sebab telah bengkak hampir ke paras siku dan bernanah didalam
disebabkan
tulang yang hampir hancur kena pukul. Siayah yang masih marah begitu
juga
dengan si ibu bersetuju apabila doktor meminta untuk menandatangani
surat
kebenaran pembedahan tanpa soal jawab walaupun dengan sedikit rasa
kesal di
hati mereka.
Setelah si anak tadi sedar dari kesan ubat bius pembedahan ianya
terkejut
melihat tangan berbalut putih macam serban. Maklumlah anak yang
keletah,
nakal, manja dan petah bercakap tersebut berkata kepada si ibu dan
ayah.
Papa, mama; "saya berjanji tidak akan buat lagi perkara tersebut,
tidak
akan menconteng lagi kereta abah dan tak nak buat jahat lagi" kata
nya
berulang kali sebagai tanda takut akan dirotan lagi. "Tapi abah dan
mama
bagi lah balik tangan saya, pulangkanlah balik tangan saya,
pasangkanlah
balik tangan saya yang abah ambil itu, saya berjanji tak akan buat
lagi."
kata nya berulang kali sebagai tanda kesal. Bagaikan gugur jantung si
ibu
meraunglah ia satelah tersedar akan kesilapan yang telah dilakukan.
~SeMaLaM AdaLaH KeNaNgaN.......Hari Ini AdaLaH KeNyaTaaN..... Esok
AdaLaH
HaRaPaN~