Assalamu'alaikum ..
Saya masih ingat lagi ketika belajar di UIA suatu ketika dahulu, apabila kesempitan wang lalu terpaksa keluar untuk bekerja.
Salah satu tempat saya memohon kerja adalah di sebuah syarikat bumiputera Melayu di UIA Petaling Jaya (Waktu tu PJ masih lagi kampus utama). Syarikat itu bernama COTAS Link Sdn. Bhd.
COTAS di sini membawa maksud, Create Opportunity To Achieve Success. Dengan erti kata lain, membina satu peluang sendiri untuk kejayaan dari mengharap atau menungg...
Assalamu'alaikum ..
Saya masih ingat lagi ketika belajar di UIA suatu ketika dahulu, apabila kesempitan wang lalu terpaksa keluar untuk bekerja.
Salah satu tempat saya memohon kerja adalah di sebuah syarikat bumiputera Melayu di UIA Petaling Jaya (Waktu tu PJ masih lagi kampus utama). Syarikat itu bernama COTAS Link Sdn. Bhd.
COTAS di sini membawa maksud, Create Opportunity To Achieve Success. Dengan erti kata lain, membina satu peluang sendiri untuk kejayaan dari mengharap atau menunggu peluang. Peluang yang dimaksudkan di sini adalah peluang perniagaan.
Saya kagum dengan semangat dan hujah Pengarah Syarikat tersebut yang juga bekas pelajar UIAM. Namun, perkembangan seterusnya syarikat itu hari ini tidak saya ketahui, dengar kata dah tutup.
Bagaimanapun, memang benar, kadang-kala kita tidak seharusnya menanti peluang mendatang. Sebaliknya kita sendiri harus berfikiran positif untuk mencipta peluang untuk diri kita.
What do you think ? Adakah konsep COTAS boleh diamalkan dalam mencari ilmu, pekerjaan atau jodoh ?
Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]
"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"