Assalamu'alaikum ..
Pernahkah anda terlintas untuk terfikir tentang isu ini. Ini bukanlah satu isu yang baru, namun bukan pula isu yang hangat diperkatakan. Isu ini wujud sejak zaman sekolah saya lagi, berbelas tahun dahulu.
Sugar daddy ini adalah istilah merujuk kepada teman lelaki yang seusia dengan ayah anak gadis tersebut. Teman lelaki ini akan memberi segala-gala kepada gadis itu asalkan segala hasratnya dipenuhi.
Pada zaman sekolah saya dahulu, saya rajin bergiat dalam teater dan ...
Assalamu'alaikum ..
Pernahkah anda terlintas untuk terfikir tentang isu ini. Ini bukanlah satu isu yang baru, namun bukan pula isu yang hangat diperkatakan. Isu ini wujud sejak zaman sekolah saya lagi, berbelas tahun dahulu.
Sugar daddy ini adalah istilah merujuk kepada teman lelaki yang seusia dengan ayah anak gadis tersebut. Teman lelaki ini akan memberi segala-gala kepada gadis itu asalkan segala hasratnya dipenuhi.
Pada zaman sekolah saya dahulu, saya rajin bergiat dalam teater dan sastera. Pada masa itu ada seorang rakan perempuan yang sebaya dengan saya. Orangnya agak segak dan lawa, keluarga sederhana, namun gaya hidup adalah seperti seorang anak dato.
Tidak dinafikan beliau menagaku ada "boyfriend", namun apa yang tidak disangkakan "boyfriend" yang dimaksudkan itu boleh kami panggil pakcik.
Diberitakan sugar daddy itu memberi segala-gala yang dikehendaki, dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Malah, menjanjikan pekerjaan yang baik setelah tamat pengajian di sekolah.
Tetapi rakan saya itu sudah mengenal dunia, Dia sedar itu hanya tipu daya dunia. Tiada yang percuma di dunia melainkan berusaha. Alhamdullilah kini dia telah bertaubat. Kini telah mendirikan rumah tangga dengan seorang rakan saya yang lain yang baik budi perkerti. Sudah mempunyai cahaya mata dan orang baru akan tiba September ini. Tahniah kepada kedua-duanya.
Yang menyedihkan senario ini terjadi di kalangan Melayu, usahawan Melayu yang kaya raya bersama dengan anak gadis Melayu yang mudah terpedaya dan masih muda dengan dunia.
Tidak dinafikan ada di antara sugar daddy ini pernah bertemu dengan ibu bapa gadis-gadis ini dengan membawa agenda baik. Namun agenda tersembunyi hanya tuhan sahaja yang tahu.
Apa-apa pun masyarakat haruslah prihatin dengan masalah sosial ini. Ini bukan salah remaja kita. Ibu bapa harus mengawal aktiviti anak mereka. Perkara ini terjadi dengan kerelaan dan kurangnya didikan serta pengetahuan.
Usahawan-usahawan atau orang-orang kaya Melayu jangan mengambil kesempatan atas kedaifan insan-insan ini. Sepatutnya mereka mensyukuri nikmat rezeki yang tuhan kurniakan, salurkan ke jalan yang diredhaiNYA dan bukan kerana nafsu semata-mata.
Semoga semuanya dilindungi dari syaitan yang direjami, sesungguhnya tipu daya syaitan amatlah hebat. Namun, sekiranya kita masih menjaga agama Allah, Allah akan menjaga kita.
Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.